2024 Dijangka Catat Rekod Tahun Paling Panas Dalam Sejarah - Saintis

2024 Dijangka Catat Rekod Tahun Paling Panas Dalam Sejarah – Saintis

Posted by

Kajian Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) yang diterbitkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada hari Khamis mendedahkan bahawa Tahun 2024 dijangka akan mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah dunia, sekaligus memecahkan rekod paras suhu normal.

Suhu purata global dari Januari hingga Oktober merekodkan suhu tinggi menjadikan 2024 menghampiri gelaran tahun terpanas.

Artikel berkaitan: Tips Kekal Sihat Ketika Cuaca Panas, Elak Strok Haba

Menurut Pengarah C3S, Carlo Buontempo, beliau menyatakan suhu global pada tahun ini berkemungkinan melepasi paras 1.5 celcius buat kali pertama sejak zaman pra-industri (1850-1900).

“2024 akan mencatat rekod baru, dan hampir pasti suhu akan melebihi ambang 1.5 celcius,” kata Buontempo.

Tambah beliau, pada tahun 2023, suhu berjaya dikekalkan di bawah itu dengan margin kecil iaitu 1.48 celcius.

Walau bagaimanapun, dapatan kajian dan unjuran tahun ini mendapati ia telah melepasi had normal tersebut sepanjang tahun.

“Untuk kekal di bawah 1.5 celcius, kita memerlukan dua bulan terakhir dengan hampir tiada anomali suhu, yang dianggap mustahil,” jelas Buontempo.

Menurut Buontempo, pemanasan global menyebabkan suhu semakin meningkat di semua benua dan lautan.

“Punca asas kepada rekod tahun ini ialah perubahan iklim, pemanasan buatan manusia ke atas sistem iklim,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa setiap tahun kemungkinan suhu akan melepasi paras 1.5 celcius semakin tinggi dan dijangka akan kekal melebihi paras tersebut menjelang lima hingga 10 tahun akan datang.

C3S meramalkan bahawa dunia akan melangkaui sasaran yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris menjelang tahun 2030, di mana negara-negara berusaha untuk memastikan suhu global tidak melebihi paras normal bagi mengelakkan kesan buruk daripada pemanasan global.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *