1.95 Juta Pekerja Berkelayakan Tinggi Di Malaysia Tidak Perolehi Kerjaya Setara Kemahiran

1.95 Juta Pekerja Berpendidikan Tinggi Di Malaysia Tidak Perolehi Kerjaya Setara Kemahiran

Posted by

Seramai 1.95 juta pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia tidak mendapat pekerjaan yang setara dengan kemahiran mereka. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan (DOSM), kumpulan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7% sehingga September lalu.

Kumpulan ini terlibat dalam pekerjaan separa mahir dan berkemahiran rendah, mewakili 36.8% daripada keseluruhan pekerja berpendidikan tinggi. Walau bagaimanapun, data dalam laporan Tenaga Buruh ini tidak memberi butiran terperinci mengenai pecahan etnik, usia, jantina, dan taburan mengikut negeri bagi kumpulan ini.

1.95 Juta Pekerja Berkelayakan Tinggi Di Malaysia Tidak Perolehi Kerjaya Setara Kemahiran

Secara keseluruhan, walaupun jumlah kumpulan ini terus meningkat, pasaran pekerjaan negara dilihat terus rancak apabila bilangan penduduk bekerja terus meningkat kepada 16.69 juta orang.

Berdasarkan perincian status pekerjaan, jumlah pekerja di Malaysia kini adalah 12.5 juta, diikuti oleh 3.08 juta individu yang bekerja sendiri, 486,900 pekerja keluarga tanpa gaji, dan 606,100 majikan.

Artikel berkaitan: Iklan Kerja Di Uniqlo Dengan Tawaran Gaji Asas Setinggi RM3,000 Ini Buat Warganet Teruja

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *