5.53 Juta Pekerja Malaysia Tergolong Dalam Kategori Separuh Mahir

5.53 Juta Pekerja Malaysia Tergolong Dalam Kategori Separuh Mahir

Posted by

Pertumbuhan ekonomi negara menunjukkan prestasi yang positif, seiring dengan peningkatan jumlah peluang pekerjaan hingga suku ketiga 2024. Pada tempoh tersebut, sebanyak 9.01 juta jawatan telah tersedia di pasaran kerja negara, dengan 8.82 juta daripadanya telah diisi.

5.53 Juta Pekerja Malaysia Tergolong Dalam Kategori Separuh Mahir

Menurut data dari Jabatan Perangkaan (DOSM), sebanyak 62.5% daripada jawatan yang diisi melibatkan pekerja separuh mahir, yang mewakili 5.528 juta individu di pasaran kerja negara. Seterusnya, kategori pekerja berkemahiran rendah mencatatkan 1.08 juta orang, manakala pekerja mahir berjumlah 2.2 juta orang.

Untuk makluman, 51.8% daripada pertambahan pekerjaan ini datang daripada sektor perkhidmatan, manakala sektor pembuatan mencatatkan 27.8%, pembinaan 14.1%, pertanian 5.6%, dan perlombongan serta pengkuarian 0.9%.

5.53 Juta Pekerja Malaysia Tergolong Dalam Kategori Separuh Mahir

Walaupun peluang pekerjaan terus berkembang di pasaran negara, pentadbiran perlu menyedari bahawa masih ada halangan dalam menyediakan pekerjaan dengan upah yang setimpal mengikut latar belakang pendidikan graduan. Ini kerana, pada masa ini, terdapat 1.95 juta pekerja di Malaysia yang berpendapatan tinggi tetapi tidak memiliki kerjaya yang setara dengan kemahiran mereka.

Kumpulan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7% sehingga September lalu, yang menuntut pentadbiran untuk merangka strategi yang lebih terperinci mengenai tenaga kerja negara, serta meningkatkan paras gaji minimum di samping memberi insentif tunai secara berkala.

Artikel berkaitan: 1.95 Juta Pekerja Berpendidikan Tinggi Di Malaysia Tidak Perolehi Kerjaya Setara Kemahiran

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *