Gara-gara tertidur pada siang hari di pejabat, lelaki dari China, bernama Zhang dipecat oleh majikan di sebuah syarikat kimia Taixing.
Walau bagaimanapun, Zhang yang bekerja sebagai pengurus jabatan itu yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya telah memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (~RM215,863.20) sebagai pampasan.
Zhang yang telah berkhidmat selama dua tahun di syarikat itu dipecat awal tahun ini selepas kamera pengawasan syarikat merakam dia tidur siang di mejanya kerana keletihan akibat bekerja lebih masa pada hari sebelumnya.
Dua minggu selepas kejadian, jabatan sumber manusia syarikat mengeluarkan laporan bahawa Zhang telah ditangkap tidur di tempat kerjanya kerana keletihan.
Rekod perbualan WeChat seorang kakitangan sumber manusia dengan Zhang juga tular dalam media sosial.
Pegawai itu bertanya kepada Zhang berapa lama dia tertidur sebelum lelaki itu menjawab kira-kira sejam atau lebih.
Selepas berunding dengan kesatuan buruh, syarikat itu mengeluarkan notis pemecatan rasmi kepada Zhang dengan alasan pelanggaran terhadap peraturan syarikat.
“Zhang, anda menyertai syarikat pada 2004 dan menandatangani kontrak pekerjaan terbuka.
“Namun, tingkah laku anda yang tidur di tempat kerja adalah pelanggaran serius terhadap dasar disiplin toleransi sifar syarikat.
“Akibatnya, dengan kelulusan kesatuan sekerja, syarikat telah memutuskan untuk menamatkan pekerjaan anda dan semua hubungan kerja antara anda dan syarikat itu,” tulis notis itu.
Selepas bengang dengan tindakan majikannya yang dianggap tidak adil itu, Zhang terus memfailkan tuntutan mahkamah terhadap syarikat tersebut.
Dalam menilai kes tersebut, Hakim Mahkamah Rakyat Taixing, Ju Qi menyatakan bahawa walaupun majikan berhak menamatkan kontrak akibat pelanggaran peraturan, penamatan tersebut harus mematuhi syarat-syarat tertentu, termasuklah sekiranya ia menyebabkan kerugian yang besar.
“Tidur di tempat kerja adalah kesalahan kali pertama dan tidak mengakibatkan kecederaan serius kepada syarikat.
“Tambahan pula, tempoh perkhidmatan Zhang selama 20 tahun di syarikat itu dengan prestasi cemerlang, kenaikan pangkat dan kenaikan gaji ditentukan bahawa pemberhentian dia atas satu pelanggaran adalah keterlaluan dan tidak munasabah,” jelasnya..
Akhirnya, mahkamah memutuskan menyebelahi Zhang dan mengarahkan syarikat tersebut untuk membayar pampasan berjumlah 350,000 yuan kepada Zhang.
Artikel berkaitan: Mahkamah Setuju Tindakan Coway Malaysia Pecat Pekerja Main PS4 Waktu Bekerja
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Harian Metro