Malaysia Di Tempat Ke-10 Negara Paling Aman Dunia 

Malaysia Di Tempat Ke-10 Negara Paling Aman Dunia 

Posted by

Global Peace Index (GPI) baru-baru ini mengeluarkan senarai negara paling aman serta yang paling berisiko untuk dikunjungi. 

Menurut laporan tersebut, Malaysia berjaya meraih tempat ke-10 dalam ranking negara paling aman di dunia bagi tahun 2024.

Artikel berkaitan: Malaysia Di Tempat Ke-2 Negara Dengan Work Life Balance Paling Buruk Di Dunia

Malaysia Di Tempat Ke-10 Negara Paling Aman Dunia 

Pada tahun ini, Iceland dinobatkan sebagai negara paling aman di dunia, diikuti dengan Republik Ireland yang meraih tempat kedua dan Austria yang menduduki tempat ketiga. 

New Zealand mengambil tempat keempat, sementara jiran terdekat kita, Singapura, berada di tangga kelima. Switzerland mencatatkan kedudukan keenam, diikuti oleh Portugal di tempat ketujuh. Denmark mengisi posisi kelapan, manakala Slovenia berada di tangga kesembilan.

Berikut adalah senarai negara yang dianggap paling berisiko dan tidak aman pada tahun 2024, di mana para pengunjung disarankan untuk elakkan perjalanan ke negara-negara tersebut.

Malaysia Di Tempat Ke-10 Negara Paling Aman Dunia 

Kedudukan Malaysia yang kukuh dalam senarai negara paling selamat semakin mengukuhkan daya tarikan negara ini sebagai destinasi pelancongan bagi pelawat luar pada masa depan. 

Dalam kajian yang dijalankan oleh Times Higher Education (THE) sebelum ini, Malaysia telah muncul sebagai pesaing penting dalam bidang institusi pengajian tinggi, dengan jumlah institusi pendidikan yang tinggi iaitu sebanyak 351.

Pendedahan ini meletakkan Malaysia di kedudukan ke-9 tertinggi di Asia dari segi bilangan universiti, dan ke-17 di peringkat global, satu pencapaian yang luar biasa, terutamanya apabila mengambil kira saiz negara yang relatif sederhana.

Kajian yang dijalankan pada Julai 2023 dan dilaporkan oleh Statista, platform terkemuka dari Jerman yang mengkhusus dalam pengumpulan data dan visualisasi, memberikan gambaran mendalam mengenai landskap pendidikan di Malaysia. Hasilnya, Malaysia berjaya meletakkan diri di hadapan beberapa negara maju seperti United Kingdom, Itali, dan Sepanyol.

India menduduki tempat teratas dalam kedudukan global dengan 5,349 universiti, diikuti dengan Indonesia yang mencatatkan 3,277 institusi. Amerika Syarikat, China, dan Brazil melengkapkan lima negara teratas, mencerminkan kepelbagaian dan skala besar pendidikan tinggi di peringkat global.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *