Kuala Lumpur Rekod Kadar Kemiskinan Paling Tinggi

Kuala Lumpur Rekod Kadar Kemiskinan Paling Tinggi

Posted by

Setakat akhir November lalu, Kuala Lumpur telah mencatatkan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar yang tertinggi, dengan seramai 474 orang, petik laporan dari Rnggt.

Selain Kuala Lumpur, negeri-negeri seperti Kedah (341), Sabah (289), dan Johor (275) juga mencatatkan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang tinggi di Malaysia. Sementara itu, Sarawak (58,877) dan Kelantan (58,684) merupakan negeri yang merekodkan bilangan penduduk paling ramai dengan status miskin di negara ini.

Menurut data e-Kasih, keadaan ini dipengaruhi oleh tekanan kos kehidupan di bandar serta pendapatan yang rendah di beberapa kawasan yang menyebabkan bebanan tanggungan bulanan meningkat dan kapasiti simpanan semakin mengecil.

Kuala Lumpur Rekod Kadar Kemiskinan Paling Tinggi

Manakala bagi Putrajaya, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan pula memaparkan prestasi yang sebaliknya apabila berjaya merekodkan sifar miskin tegar pada data semasa. 

Ini disokong oleh pelbagai insentif dan peluang yang ditawarkan untuk meningkatkan pendapatan bulanan rakyat di pasaran semasa. Sementara itu, status kemiskinan dilihat lebih rendah di kalangan penduduk di Putrajaya (38), Labuan (1,772), Kuala Lumpur (6,382), Melaka (9,306), dan Negeri Sembilan (11,604).

Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Bandar Ke-8 Terbaik Dunia Untuk Didiami Ekspatriat

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *