Majikan Di India Buang Pekerja Gara-Gara Beri ‘Feedback’ Tertekan Di Tempat Kerja

Majikan Di India Buang Pekerja Gara-Gara Beri ‘Feedback’ Stres Di Tempat Kerja

Posted by

Tinjaun atau survey di tempat kerja adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua organisasi dalam mencari penyelesaian untuk mendapatkan persekitaran yang kondusif buat para pekerja.

Bukan itu sahaja, setiap pekerja juga diminta bersikap jujur dalam memberi maklum balas (feedback) menerusi survey yang dikeluarkan.

Namun begitu, sebuah syarikat di India telah mengundang pelbagai reaksi warganet apabila mengambil tindakan yang mengejutkan. Pihak HR telah memaklumkan kepada pekerja-pekerja yang mengadu mengalami stres di tempat kerja bahawa mereka akan diberhentikan serta-merta.

Alasan di sebalik tindakan syarikat tersebut adalah untuk memastikan persekitaran kerja yang lebih tenang dan harmoni. Oleh itu, mereka merasakan perlu untuk melepaskan individu yang mengadu mengalami stres dan bagi mereka, langkah ini dianggap sebagai penyelesaian kepada masalah tersebut, sekaligus menjadikan suasana tempat kerja lebih terkawal dan bebas dari gangguan.

Majikan Di India Buang Pekerja Gara-Gara Beri ‘Feedback’ Tertekan Di Tempat Kerja
Sumber: X

Tangkap layar kandungan e-mel itu telah tular di pelbagai platform media sosial dan semuanya terkejut dengan tindakan HR terbabit yang lebih memilih membuang pekerja berbanding mencari penyelesaian dalam menyediakan persekitaran yang kondusif.

Artikel berkaitan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sekiranya Diberhentikan Dari Tempat Kerja!

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *