Kerjaya sebagai pereka grafik pada zaman ini banyak dipandang enteng oleh segelintir masyarakat di Malaysia dan menganggap kerjaya ini tidak memberi sebarang manfaat mahupun tidak menjamin masa depan mereka. Sebenarnya, ramai yang masih tidak memahami dan menghargai kerjaya dan bakat ada pada pereka-pereka grafik. Malah, ada yang juga meminta karya-karya dari mereka secara percuma yang membuatkan mereka bukan sahaja rasa tersinggung, namun hati mereka betul-betul naik angin kerana sindiran tersebut. 😡 (Semua benda dalam dunia ini, termasuk karya seni tak percuma ya, wahai pembaca!)
Untuk pengetahuan anda semua, pereka-pereka grafik sebenarya gifted 🎁 kerana mereka mempunyai sedikit kelebihan dari orang lain iaitu bakat seni lukis dan seni reka. Kelebihan yang mereka ada sepatutnya dihargai dan diberi peluang untuk mereka dijadikan sebagai kerjaya sambil mengekspresi dalam menghasilkan karya.
Kerjaya pereka grafik dan peranannya semakin luas seiring dengan perubahan keperluan dari persekitaran pasaran dan teknologi maklumat. Mereka juga menjana idea kreatif dan inovatif bagi memenuhi permintaan masyarakat yang akan semakin mencabar pada masa akan datang.
Dengan mempunyai diploma dan ijazah dalam seni reka grafik, skop pekerjaan pereka grafik sememangnya luas di mana mereka bekerja dalam bidang kreatif seperti industri pengiklanan, percetakan, penjenamaan dan sebagainya. Ada juga pereka grafik berkecimpung dengan keusahawanan dengan menubuhkan syarikat atau studio rekaan sepenuh masa, seorang freelancer yang mampu berkerja di mana-mana lokasi, mahupun menjadi seorang pendidik demi masa depan generasi muda yang ingin melibatkan dalam industri seni reka pada masa akan datang.
Artikel berkaitan: Memahami Kerjaya dan Peranan Ahli Farmasi
Tugas dan fungsi pereka grafik luas kerana semua design dihasilkan melalui proses penghasilan, dan kemudiannya bertanggungjawab dalam kelancaran perjalanan proses rekaan (design process) mengikut kehendak client mereka. Design process merupakan proses yang bermula dari peringkat kajian atau pengumpulan data, lakaran perkembangan idea, proses rekaan digital dan percetakan atau penerbitan. Oleh itu, pereka grafik memerlukan sentuhan kreativiti dan nilai artistik untuk menghasilkan rekaan tersebut melalui proses tersebut. Jangan ingat kerja mereka senang tau kerana hasil rekaan mereka perlu mempunyai nilai estetik, dekoratif dan nilai komersial!
Pereka grafik juga terlibat secara langsung dalam menghasilkan visual yang sesuai, sama ada illustrasi, gambar, logo dan sebagainya untuk menyampaikan mesej dalam communication material seperti pengiklanan, laman web, pembungkusan produk dan lain-lain. Selain dari menghasilkan konsep rekaan mengikut kehendak client, mereka juga bertanggungjawab dalam layout serta format dalam setiap rekaan yang dihasilkan agar menepati citarasa client.
Tambahan pula, pereka grafik berperanan sebagai penasihat rekaan yang bertanggungjawab dalam menasihati serta memberi cadangan kepada client dalam pemilihan warna, teks (font), visual, style dan sebagainya untuk mengikut kesesuaian rekaan yang ingin dihasilkan, serta memastikan setiap rekaan dicetak dengan baik mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui bersama client agar kualiti dapat dijaga.
Secara kesimpulannya, hasil kerja pereka grafik serta tugas mereka perlulah dihargai kerana merekalah yang design semua bahan komunikasi bermutu tinggi yang ada pada sekeliling anda. Tanpa semua bahan tersebut, keadaan akan makin susah kerana tiada mesej disampaikan untuk pengetahuan umum.
Ingin mencari kerja sebagai pereka grafik? Klik di sini untuk apply! Jangan lupa juga untuk ikuti Jobstore untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan baru dan banyak lagi!
Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.
Reach me at sarah@jobstore.com.