Waktu rehat bagi setiap syarikat adalah berbeza-beza. Namun, kebiasaannya ia adalah pada waktu tengah hari bermula dari jam 12 hingga 1 tengah hari atau dari jam 1 hingga 2 petang. Rata-rata syarikat di Malaysia memberikan tempoh 1 jam untuk waktu rehat dan para pekerja perlu menggunakan tempoh masa ini dengan sebaiknya sama ada untuk makan, solat atau mungkin juga tidur.
Artikel berkaitan: How do you spend your lunch break?
Tapi, tahukah anda terdapat beberapa buah negara yang memberikan waktu rehat yang lebih panjang dari kebiasaannya? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 buah negara dengan waktu rehat tengah hari yang panjang.
1. Perancis
Pemilik kedai di seluruh Perancis akan menutup perniagaan mereka selama 2 jam iaitu sekitar jam 2 hingga 4 petang. Ini kerana, tempoh waktu ini adalah waktu makan tengah hari dan rehat petang untuk untuk kanak-kanak sekolah dan orang dewasa yang bekerja.
Menurut kajian, 43% pekerja Perancis akan menghabiskan lebih daripada 45 minit untuk makan tengah hari setiap hari.
2. Brazil
Di negara Brazil, makan tengah hari adalah sangat penting dan perlu diambil serius. Mereka akan mencari waktu yang sesuai untuk keluar makan tengah hari dan bukannya tergesa-gesa makan atau makan di meja sambil membuat kerja.
Waktu rehat tengah hari di negara ini adalah selama 2 jam iaitu sekitar 12 tengah hari hingga 2 petang.
3. China
Waktu rehat di negara China adalah selama 2 jam iaitu antara 12 tengah hari hingga 2 petang. Waktu rehat yang panjang ini adalah kerana sudah menjadi tradisi pekerja di China untuk power nap sebentar selepas makan tengah hari.
4. Sepanyol
Kebanyakan syarikat di Sepanyol akan berehat selama 3 jam iaitu sekitar jam 2 hingga 5 petang kemudian bekerja 3 jam lagi sebelum berhenti bekerja untuk hari tersebut. Di Sepanyol, cuaca di luar mula panas bermula dari jam 2 petang yang secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti pekerja di sana.
5. Greece
Pekerja-pekerja di negara Greece kebiasaannya akan berehat selama 3 jam di mana mereka akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan tidur sebentar sekitar jam 2 petang dan akan kembali bekerja pada jam 5 petang.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda.
Ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter untuk informasi kerjaya, peluang pekerjaan dan banyak lagi!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com