Bekerja Sambil Belajar: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

Posted by

Bekerja sambil belajar atau distance learning bukan lagi satu perkara yang asing, terutama dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia.  Kos sara hidup yang semakin meningkat mendorong segelintir pelajar untuk bekerja sambil belajar demi menampung perbelanjaan harian. 

Persoalannya, adakah bekerja sambil belajar ini berbaloi atau hanya menambah beban kepada para pelajar? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima kebaikan dan keburukan bekerja sambil belajar.

Kebaikan Bekerja Sambil Belajar

1. Dapat kembangkan kerjaya

Seseorang yang bekerja sambil belajar bukan sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, malah dapat mengembangkan kerjaya dan berpeluang untuk menjawat jawatan yang memberi pulangan yang lumayan. 

2. Lebih ramai kenalan (networking)

Bekerja Sambil Belajar: Lebih Banyak Kebaikan Atau Keburukan?

Bekerja sambil belajar akan menyebabkan anda berkenalan dan berjumpa dengan ramai orang sama ada di tempat kerja mahupun di kolej atau universiti.  Anda akan berjumpa dengan ramai orang dari pelbagai jenis bidang. 

Anda boleh bina networking untuk memudahkan anda pada masa akan datang. Ia juga adalah satu peluang untuk kembangkan kerjaya anda ke tahap yang lebih baik. 

3. Membentuk disiplin diri

Bekerja sambil belajar memerlukan anda untuk menguruskan masa dengan bijak. Anda akan menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan menepati masa agar pelajaran anda tidak terjejas dan anda akan hadir ke tempat kerja tepat pada waktunya dan dalam masa yang sama anda mendapat rehat yang cukup.

4. Mengurangkan beban kewangan

Bekerja sambil belajar dapat membantu untuk mengurangkan beban kewangan anda untuk membayar yuran pengajian atau untuk hal-hal kehidupan yang lain. Selain dapat mengisi masa terluang , anda juga akan mendapat gaji atau upah yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.

5. Tambah pengetahuan dan pengalaman bekerja

Selain menambah pengetahuan dalam bidang pengajian yang anda ambil, anda juga boleh menambah pengalaman bekerja semasa anda belajar. Dengan cari ini, anda bukan sahaja dapat mengaplikasikan pelbagai perkara yang dipelajari bahkan dapat mengembangkan soft skills yang diperoleh untuk memajukan kerjaya anda.

Keburukan Bekerja Sambil Belajar

1. Hilang tumpuan

Menurut Jurnal Personalia Pelajar, bekerja sambil belajar bukan sahaja tidak membantu membaiki prestasi seorang pelajar, bahkan juga berupaya menganggu prestasi akademik mereka. Sekiranya anda bekerja sambil belajar, anda berkemungkinan akan hilang tumpuan dan sukar untuk fokus di dalam kelas akibat keletihan. Hal ini kerana anda telah gunakan separuh masa anda dengan bekerja. 

2. Tekanan

Tekanan di tempat kerja juga mungkin akan menggangu emosi dan perasaan anda sebagai seorang pelajar sehingga menyebabkan anda tertekan dan tidak mampu untuk meneruskan pengajian. 

3. Kesepian dan pengasingan

Bekerja sambil belajar boleh menjadi satu perkara sunyi. Rutin anda hanyalah pergi kerja, pergi kelas, kemudian pulang ke rumah. Pada hujung minggu pula anda lebih memilih untuk mengasingkan diri kerana ingin berehat dan tidur kerana terlalu keletihan.

4. Menjejaskan kesihatan

Menurut ahli psikologi klinikal dari Universiti Islam Antarabangsa, beliau berpandangan bahawa dengan tambahan waktu kerja dan beban kerja, kesihatan mental dan fizikal invididu yang bekerja sambil belajar berada pada risiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung serta gangguan mental seperti kegelisahan dan kemurungan.

5. Tiada masa untuk diri sendiri dan bersosial 

Bekerja dan belajar pada masa yang sama akan menyebabkan anda tiada masa untuk diri sendiri bahkan untuk bersosial bersama rakan-rakan. Oleh kerana terlalu sibuk, anda tidak sempat menguruskan diri dan ini menyebabkan anda sentiasa berfikiran negatif dan akan menjadi lemah.

Kesimpulannya, keputusan seseorang untuk bekerja sambil belajar adalah pilihan masing-masing. Ia memerlukan komitmen dan pengorbanan yang sangat besar. Ia juga adalah perjalanan yang jauh dan penuh dengan konflik kehidupan. Oleh itu, anda perlu fikir sebaiknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Semoga perkongsian kami kali ini menjadi panduan untuk anda pada masa hadapan. 

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *