Cuti sehari yang anda dapat boleh menjadi perkara yang paling nikmat selepas berminggu-minggu berpenat lelah dengan tugasan dan tanggungjawab di tempat kerja.
Anda boleh memilih untuk meluangkan cuti sehari anda dengan berehat di rumah atau keluar beriadah dan bersosial bersama rakan-rakan. Berikut kami kongsikan beberapa cara yang paling memuaskan dan menyeronokkan untuk nikmati cuti sehari anda.
Artikel berkaitan: How to Spend One’s Holidays Without Getting Bored
1. Sertakan aktiviti hujung minggu pada hari bekerja (weekday)
Anda boleh sertakan aktiviti hujung minggu pada hari bekerja (weekday) agar anda boleh dapatkan rehat yang secukupnya pada hari Sabtu dan Ahad nanti.
2. Buang jauh semua perkara berkaitan kerja
Rehatkan fikiran anda dari semua perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja melainkan pekerjaan tersebut memerlukan respon dan penglibatan anda. Semak e-mel berkaitan kerja atau sebarang mesej dalam jarak waktu yang anda selesa untuk mengelakkan sebarang gangguan sepanjang hari cuti anda.
3. Mengemas rumah
Anda boleh nikmati cuti sehari dengan mengemas rumah supaya pada hari Sabtu dan Ahad nanti anda boleh berehat sepuasnya. Anda boleh melipat kain, mengemop lantai, mengelap tingkap dan sebagainya.
4. Beriadah
Terdapat banyak tarikan dan destinasi menarik untuk dilawati di dalam Malaysia. Namun, disebabkan tempoh bercuti anda hanya sehari, anda boleh pergi ke destinasi yang berhampiran dengan tempat tinggal anda agar tidak kepenatan keesokan harinya. Anda juga boleh menikmati makanan kegemaran anda di kafe-kafe yang berhampiran.
Artikel berkaitan: 5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Sesuai Untuk ‘Solo-Date’
5. Bersenam
Apakah cara yang lebih baik untuk menikmati cuti selain berpeluh? Anda boleh luangkan masa anda di taman, gim atau bermain sukan kegemaran. Kalau anda ingin tinggal di rumah sepanjang hari sambil masih ingin melakukan senaman, terdapat 5 peringkat senaman yang anda boleh lakukan:
- Memanaskan badan – berjalan di atas treadmill atau berbasikal dengan stationary bike
- Senaman kardiovaskular (aerobik) senaman – sebarang senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung anda
- Latihan rintangan (pembinaan kekuatan): squats, push-ups atau anda juga boleh menggunakan dumbbells, weight bar, bands dan tubing.
- Pergerakan fleksibiliti: regangan atau yoga
- Menyejukkan badan: sama seperti senaman memanaskan badan
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan untuk anda pada masa hadapan.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com