Template Surat Berhenti Kerja

Template Surat Berhenti Kerja

Posted by
Apabila anda berhasrat untuk berhenti kerja atau letak jawatan, penting untuk anda lakukannya dengan tertib dan profesional. Anda masuk dengan cara baik, jadi kalau boleh anda keluar pun dengan cara baik. Mungkin pada masa akan datang, rezeki anda akan berbalik pada syarikat itu.
 
Beri notis mengikut tempoh yang telah ditetapkan kerana ia merupakan perkara biasa dalam proses peletakan jawatan. Berikut kami kongsikan template atau contoh surat berhenti kerja yang anda boleh gunakan pada masa akan datang.
 
  • Surat berhenti kerja dengan notis 24 jam

[Alamat anda] 

[Tarikh]

[Alamat majikan] 

Tuan/Puan,
 

PER: NOTIS PELETAKAN JAWATAN 24 JAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya [nama pekerja] yang bertugas sebagai [jawatan sekarang] di [nama syarikat] ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang peletakan jawatan saya yang berkuat kuasa pada [tarikh berhenti kerja] iaitu dalam masa 24 jam.

Terima kasih kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang [jangka masa bekerja] saya bekerja di [nama syarikat]. Berkerja di syarikat ini telah memberi saya peluang untuk berkembang secara profesional dan memudahkan laluan kerjaya saya. Saya akan menjalankan tanggungjawab saya sepanjang tempoh notis ini dan akan memastikan bahawa semua tugas dan tanggungjawab saya dilaksanakan dengan sebaiknya.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam perkhidmatan saya sepanjang tempoh saya bekerja di sini. Semoga tuan dan seluruh kakitangan [nama syarikat] terus maju dan berjaya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Tandatangan dan nama]

  • Surat berhenti kerja dengan notis sebulan

[Alamat anda] 

[Tarikh]

[Alamat majikan] 

Tuan/Puan,
 

PER: NOTIS PELETAKAN JAWATAN 1 BULAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya [nama pekerja] yang bertugas sebagai [jawatan sekarang] di [nama syarikat] ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang peletakan jawatan saya yang berkuat kuasa 1 bulan dari sekarang. Tarikh akhir saya bekerja adalah pada [nyatakan tarikh akhir bekerja].

Terima kasih kerana memberi peluang dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang [jangka masa bekerja] saya bekerja di [nama syarikat]. Berkerja di [nama syarikat] telah memberi saya peluang untuk berkembang secara profesional dan memudahkan laluan kerjaya saya.
 
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam perkhidmatan saya sepanjang tempoh saya bekerja di sini. Semoga tuan dan seluruh kakitangan [nama syarikat] terus maju dan berjaya pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

[Tandatangan dan nama]

*Anda boleh ubah template yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Sebenarnya, tiada yang salah dan tiada yang betul dalam menulis surat peletakan jawatan. Apa yang penting, pastikan anda beri notis mengikut kontrak yang telah anda tandatangani semasa mula-mula anda diterima di syarikat tersebut. 
 
Anda juga sebenarnya tidak perlu untuk meletakkan sebab kenapa anda berhenti kerja, kerana surat peletakkan jawatan yang anda tulis adalah untuk memaklumkan kepada majikan tentang hari terakhir anda di syarikat dan bukannya untuk anda tulis sebab-sebab yang membuatkan anda berhenti kerja.
 
Walau bagaimanapun, pastikan alasan anda berhenti itu munasabah dan tidak melanggar perjanjian anda dalam kontrak kerja. 
 
Artikel berkaitan: Legal Smart 
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *