'Job Description Template' Untuk Penyelaras Acara

‘Job Description Template’ Untuk Penyelaras Acara

Posted by

Penyelaras Acara atau event coordinator adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap butiran berkenaan dengan sesebuah acara dilaksanakan dan setiap vendor muncul tepat pada masanya dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 

Penyelaras Acara juga bertanggungjawab menguruskan komponen individu untuk memastikan acara berjalan lancar serta dapat memenuhi keperluan pelanggan.

Job description template untuk Penyelaras Acara ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari penyelaras Penyelaras Acara yang berpengalaman untuk menganjurkan acara dengan baik. Anda akan bertanggungjawab dalam setiap aspek acara, bermula daripada memilih tempat hingga tamat acara tersebut.

Penyelaras Acara mestilah teratur dan cekap dalam pengurusan vendor. Kemahiran komunikasi dan sifat peka terhadap perincian (attention to details) akan membezakan anda dengan calon-calon yang lain. 

Matlamatnya adalah untuk menganjurkan sebuah acara yang tidak dapat dilupakan pengunjung/audiens dan mencapai objektif syarikat.

Tugas seorang Ahli Kimia termasuklah

  • Memahami keperluan untuk setiap acara
  • Rancang acara dengan memberi perhatian kepada kekangan kewangan dan masa
  • Tempah tempat (venue) dan jadual penceramah
  • Selidik vendor (katering, penghias, pemuzik dll.) dan pilih gabungan kualiti dan kos yang terbaik
  • Berunding dengan vendor untuk mencapai syarat yang paling menguntungkan
  • Mengupah kakitangan
  • Mengurus semua operasi acara (menyediakan tempat, jemputan dll.)
  • Lakukan semakan akhir pada hari acara (cth. jadual, sistem bunyi dll.) untuk memastikan semuanya menepati piawaian
  • Mengawasi hari acara dan bertindak cepat untuk menyelesaikan masalah
  • Menilai kejayaan acara dan memberikan laporan

Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan

  • Pengalaman sebagai penyelaras acara
  • Rekod prestasi dalam menganjurkan acara 
  • Mahir menggunakan Microsoft Office
  • Kemahiran pengurusan vendor yang sangat baik
  • Pengetahuan tentang amalan asas pengambilan pekerja
  • Keupayaan komunikasi dan perundingan yang luar biasa
  • Seorang yang teratur dan boleh multitasking
  • Mampu menangani tekanan dengan tenang
  • Keupayaan menyelesaikan masalah
  • Mempunyai Ijazah dalam pengurusan hospitaliti, perhubungan awam atau bidang yang berkaitan adalah diutamakan

Berapakah kadar gaji seorrang Penyelaras Acara

Purata gaji bulanan untuk Penyelaras Acara di Malaysia adalah antara RM 2,500 hingga RM 4,000.

Siarkan iklan huraian kerja Penyelaras Acara ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *