Huraian kerja
Kami sedang mencari Pengurus Pentas untuk menyertai pasukan kami dan menyelia semua department teater/konsert untuk memastikan organisasi kami menghasilkan produksi yang berkualiti tinggi.
Tanggungjawab Pengurus Pentas termasuk bertindak sebagai penghubung antara department yang berbeza dan membuat perubahan pada set mengikut keperluan semasa production.
Anda juga akan bekerjasama dengan pelakon dan crew lain untuk memastikan setiap persembahan dihasilkan dalam kualiti tertinggi yang mungkin.
Tugas seorang Pengurus Pentas termasuklah
- Berhubung dengan semua department teater/konsert dan kumpulkan maklumat
- Bekerjasama dengan Production Manager mengenai bajet
- Mengawasi set, pencahayaan dan pemasangan bunyi
- Membuat skrip segera (prompt script) yang disusun dengan nota tentang isyarat dan keperluan Pelakon untuk prop, pencahayaan dan bunyi
- Membuat perubahan pada set dan prop antara perubahan adegan
- Memberi cue keapda lighting dan sound technician
- Buat penilaian risiko untuk memastikan keselamatan syarikat sepenuhnya
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Pengurus Pentas atau peranan yang serupa
- Mempunyai kemahiran komputer dan pemahaman teknologi semasa
- Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan
- Seorang yang teliti
- Latihan dan/atau pensijilan yang berkaitan sebagai Pengurus Pentas
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Pentas?
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com