Berhenti kerja bukanlah sesuatu keputusan yang mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika syarikat dan majikan tempat anda bekerja menghargai dan menyayangi anda. Keputusan untuk berhenti kerja memerlukan anda untuk berfikir dengan teliti serta mempertimbangkan semula keputusan anda sama ada ia tepat atau sebaliknya.
Di samping itu, alasan anda untuk meninggalkan berhenti kerja perlulah munasabah dan boleh diterima bukan sahaja oleh syarikat tetapi juga untuk diri anda sendiri.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan enam alasan berhenti kerja yang paling munasabah yang anda boleh gunakan untuk rujukan pada masa hadapan.
1. Perlukan career growth
Career growth adalah perkembangan atau perjalanan untuk mencapai sesuatu dalam kerjaya anda (what do you want to achieve in your career?). Kadangkala, meninggalkan jawatan dan tempat kerja yang sedia ada adalah cara terbaik untuk membuka ruang untuk mengembangkan career growth anda.
Walaupun anda bekerja dalam tempoh yang lama di sesebuah syarikat itu tetapi skil, kemahiran dan pengalaman anda tidak berkembang, lebih baik anda mula cari pekerjaan lain yang boleh meningkatkan pengetahuan kemahiran anda!
2. Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik
‘Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik’ adalah alasan lain untuk ‘mendapat gaji yang lebih tinggi’. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu yang salah atau materialistik sekiranya anda berhenti kerja disebabkan mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi.
Namun anda tidak boleh menafikan bahawa semua perkara perlukan duit. Jadi tidak kiralah betapa sayanganya anda dengan kerja yang dilakukan sekarang, tetapi sekiranya gaji yang diberikan tidak dapat menampung kehidupan anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti kerja.
3. Penuhi tanggungjawab terhadap keluarga
Kadangkala keluarga boleh menjadi sebab seseorang itu berhenti kerja. Walaupun anda sangat sayang dengan kerjaya anda, tuntutan tanggungjawab untuk ahli keluarga adalah jauh lebih penting.
Antara alasan yang anda boleh kemukakan adalah “Saya perlu memberi komitmen kepada keluarga saya. Oleh itu, saya perlu mencari kerja yang berdekatan dengan keluarga saya serta waktu kerja yang lebih fleksibel bagi menguruskan mereka.”
Berhenti kerja adalah pilihan yang tepat sekiranya anda merasakan bahawa dengan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akan membantu anda mengembangkan kerjaya di kemudian hari.
6. Persekitaran kerja yang toksik/tidak sihat
Persekitaran kerja yang toksik atau tidak sihat akan menyebabkan seseorang pekerja itu tidak bersemangat untuk ke tempat kerja sehingga munculnya niat untuk berhenti kerja.
Persekitaran kerja yang toksik atau tidak sihat terdiri daripada budaya kerja toksik, hubungan toksik dengan rakan sekerja atau pengurusan, atau faktor-faktor lain yang menimbulkan tekanan atau kebimbangan terhadap pekerja. Ia sekaligus akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal pekerja.
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com