'Job Description Template' Visual Merchandiser

‘Job Description Template’ Visual Merchandiser

Posted by

Visual Merchandiser adalah individu profesional yang mencipta dan menyelenggara paparan kedai (store displays) untuk menjadikan produk kelihatan menarik secara visual kepada pengguna. Mereka juga memerhatikan current trends untuk memastikan pembeli kekal relevan.

Job description template untuk Visual Merchandiser ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Visual Merchandiser yang kreatif untuk meningkatkan jualan, mendapatkan perhatian pembeli/pengguna dan untuk memberikan pengalaman yang memuaskan ketika mereka berada di dalam kedai.

Anda perlu menggunakan bakat dan kemahiran yang sedia ada untuk menjadikan pembeli sebagai prospek, objektif jualan serta memaksimumkan keuntungan kedai.

Tugas seorang Visual Merchandiser termasuklah:

  • Menentukan, mereka bentuk dan melaksanakan strategi dagangan visual (visual merchandising) yang kreatif
  • Mencipta paparan visual (visual displays) yang menarik perhatian dan akan membawa pelanggan masuk ke dalam kedai
  • Menghasilkan paparan tingkap (window displays), papan tanda, paparan dalaman (interior displays), pelan lantai (floor plans) dan paparan promosi khas (special promotion displays)
  • Mengenal pasti mesej utama dan tetapkan imej yang jelas tentang hasil akhir (end result)
  • Mencipta, menyemak dan mempersembahkan idea reka bentuk 
  • Bertindak sejajar dengan budaya, produk, imej dan target market
  • Memantau kos dan kerja mengikut bajet
  • Mengawasi pengeluaran dan memberi taklimat kepada staf tentang penyusunan paparan (displays)
  • Menukar paparan (displays) untuk mempromosikan pelancaran produk baharu yang mencerminkan tema perayaan atau bermusim
  • Berhubung dengan pembekal dan source elements
  • Membuat penyelidikan tentang gaya hidup, demografi dan trend reka bentuk

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Visual Merchandiser atau Visual Manager
  • Mempunyai kemahiran mereka bentuk visual yang boleh ditunjukkan dengan portfolio retail merchandising 
  • Berpengalaman dalam bidang visual merchandising, termasuk paparan tingkap (window displays), papan tanda, paparan dalaman (interior displays) dan penggunaan ruang (space utilization)
  • Memiliki kemahiran dalam Photoshop, Illustrator atau alatan reka bentuk visual yang lain
  • Mempunyai pengetahuan tentang aliran dagangan visual semasa (current visual merchandising trends)
  • Kemahiran dalam Microsoft Office
  • Berfikiran kreatif dan inovatif
  • Keupayaan untuk menganalisis sales merchandising reports dan survey results
  • Mempunyai Ijazah dalam visual merchandising, fashion merchandising, exhibition design, visual communications atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Visual Merchandiser?

Purata gaji bulanan untuk Visual Merchandiser di Malaysia adalah antara RM3,200 hingga RM4,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Visual Merchandiser ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *