'Job Description Template' Juruanimasi

‘Job Description Template’ Juruanimasi

Posted by

Juruanimasi atau Animator adalah individu kreatif yang bertanggungjawab menghidupkan skrip dan jalan cerita melalui animasi yang dijana komputer secara visual. 

Mereka menggunakan kepakaran mereka dalam 2D/3D atau teknik animasi lain untuk mencipta model, ilustrasi dan kesan khas serta bekerjasama dengan krew produksi untuk menyampaikan bingkai visual (visual frames) yang mengagumkan untuk filem, permainan atau video.

Job description template untuk Juruanimasi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruanimasi yang berbakat dan kreatif untuk menghidupkan jalan cerita dan watak melalui visual animasi dalam pelbagai medium seperti filem, permainan dan video. 

Seorang Juruanimasi perlu mempunyai mata yang tajam untuk perincian, mempunyai bakat artistik, mahir dalam perisian CGI serta berupaya untuk mengubah skrip dan konsep menjadi animasi yang dijana komputer. 

Peranan anda akan melibatkan pembangunan bingkai visual (visual frames) yang luar biasa menggunakan 2D/3D atau teknik lain. Dengan memanfaatkan kebolehan artistik dan kemahiran teknikal anda, anda akan menghidupkan naratif dan watak dengan ciptaan imaginasi anda. 

Sertai kami dan tunjukkan bakat anda sebagai seorang Juruanimasi!

Tugas seorang Juruanimasi termasuklah:

  • Membaca skrip dan jalan cerita untuk memahami keperluan animasi
  • Menyediakan pembentangan menggunakan raw designs kepada pelanggan
  • Membangunkan papan cerita (storyboard) untuk peringkat awal pengeluaran (production)
  • Mencipta model, lukisan dan ilustrasi menggunakan tangan atau elektronik
  • Menyambung imej menggunakan background graphics dan kesan khas
  • Memastikan frames dan audio adalah synchronize
  • Mengambil bahagian dalam proses penyuntingan
  • Bekerjasama dengan krew produksi (designers, pengarah dll.)

Syarat kelayakan

  • Berpengalaman sebagai Juruanimasi
  • Memiliki pengetahuan tentang 2D/3D, stop motion dan animasi janaan komputer (computer-generated animation)
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan projek
  • Mahir dalam perisian CGI (Photoshop, 3ds Max, Maya dll.)
  • Seorang pencerita kreatif (creative storyteller) dengan kebolehan untuk membuat pembentangan
  • Boleh memenuhi tarikh akhir (deadlines)
  • Boleh bekerja secara berpasukan dan mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik
  • Memiliki Ijazah dalam animasi komputer, reka bentuk 3D/grafik, seni halus atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruanimasi?

Purata gaji bulanan untuk Juruanimasi di Malaysia adalah antara RM 3,000 hingga RM 4,900.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Juruanimasi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *