Jenis-Jenis 'Toxic Positivity' Yang Mungkin Sedang Berlaku Pada Anda

Jenis-Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Mungkin Sedang Berlaku Pada Anda

Posted by

Toxic positivity atau positif toksik adalah sifat positif secara berlebih-lebihan. Ia adalah keadaan di mana individu menafikan atau menolak perasaan negatif yang sedang dialami untuk sentiasa kelihatan positif dan gembira.

Berikut kami kongsikan antara enam jenis toxic positivity yang mungkin sedang berlaku pada anda.

1. Membanding-bandingkan kesusahan orang lain

“Rileks lah, bukan kau sorang je yang struggle. Aku dulu pun pernah kena lagi teruk daripada kau.”

Setiap orang mempunyai masalah tersendiri dan setiap orang mempunyai cara yang berbeza-beza untuk menghadapi masalah tersebut melalui pengalaman dan cara pemikiran masing-masing.

Jadi, jangan sekali-kali membanding-bandingkan kesusahan atau masalah orang lain.

2. Terlalu fikir yang baik-baik sahaja

“Kau ni asyik fikir negatif je. Cuba fikir yang baik-baik.”

Setiap manusia mempunyai pemikiran automatik (automatic thoughts) iaitu pemikiran yang muncul secara semula jadi/spontan yang dibentuk oleh pengalaman hidup sejak dari lahir.

Jadi, tidak ada salahnya sekiranya anda ingin mengalami perasaan sedih, marah dan tertekan akibat sesuatu masalah asalkan anda tidak tenggelam dengan perasaan tersebut sehingga membawa kepada kemurungan dan mendorong kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti mencederakan diri sendiri.

3. Mewujudkan motivasi yang tidak realistik

“Kau kan dah buat yang terbaik, kau mesti berjaya!”

Jangan wujudkan motivasi atau beri harapan yang tidak realistik melainkan anda mempunyai bukti dan contoh pengalaman bahawa ‘si dia’ memang boleh buat.

4. Tiada ruang untuk buat kesalahan

“Kau jangan buat salah tau!”

Sebenarnya, melakukan kesalahan itu adalah penting kerana dari kesalahan, ia dapat membantu memperbaiki diri. 

Walau bagaimanapun, kesalahan yang perlu dielakkan adalah melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali (tak belajar dari kesalahan).

5. Mengabaikan perasaan selain positiviti

“Aku nak fikir yang positif je.”

Manusia mempunyai lapan emosi teras antaranya, gembira, sedih, marah, terkejut, bahagia dan sebagainya. Setiap emosi yang dirasai adalah valid dan anda berhak untuk merasai setiap satu darinya.

6. Gunakan negativiti sebagai sumber kekuatan

“Takpe, yang buruk dan negatif ni akan jadikan kau lebih kuat.”

Ia merupakan konsep mental resilience iaitu keupayaan mental seseorang untuk menghadapi atau menyesuaikan diri dengan ketidakpastian, cabaran, dan kesukaran.

Walau bagaimanapun, jangan ucapkan ini ketika seseorang sedang menghadapi waktu-waktu sukar kerana ia bukan waktu yang sesuai.

Jenis-Jenis 'Toxic Positivity' Yang Mungkin Sedang Berlaku Pada Anda

 

Kesimpulannya, toxic positivity adalah kata-kata toksik yang tidak memberi ruang kepada seseorang untuk berasa sedih, down, tertekan dan emosi-emosi lain yang berkaitan.

Ia adalah sesuatu yang tidak sihat kerana manusia dilahirkan dengan pelbagai jenis emosi bergantung kepada situasi yang dihadapi.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu dan panduan buat anda yang sedang berhadapan atau mungkin dikelilingi kawan yang mempunyai toxic positivity.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Twitter Aiman Psikologi


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *