Bau badan yang tidak menyenangkan dan busuk bukan sahaja akan menjejaskan keyakinan diri anda bahkan akan menyebabkan orang sekeliling berasa tidak selasa.
Artikel berkaitan: Bau Badan Ganggu Hubungan
Menurut sumber, bau badan boleh dipengaruhi oleh jenis makanan yang kita ambil setiap hari. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima jenis makanan yang menjadi punca bau badan yang tidak menyenangkan!
1. Sayuran Cruciferous
Brokoli, kubis bunga dan kubis keriting adalah antara sayuran Cruciferous, iaitu sayuran yang memiliki kelopak khas. Jenis sayuran ini mengandungi kandungan sulfur yang akan diserap oleh tubuh dan dikeluarkan dalam bentuk peluh sehingga mempengaruhi bau badan anda.
Bau badan anda akan menjadi lebih buruk setelah satu jam pengambilan sayuran ini.
2. Makanan laut (seafood)
Pengambilan makanan laut secara berlebihan merupakan penyebab bau badan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang makan makanan laut akan mengalami bau badan.
Ia sebenarnya berkaitan dengan gangguan metabolisme (metabolic disorder) dalam badan. Individu dengan trimethylaminuria (keadaan di mana badan tidak boleh menguraikan bahan kimia trimethylamine secara semula jadi) akan mengeluarkan bau yang kuat seperti ikan busuk. Bau ini akan muncul setelah beberapa jam.
3. Bawang putih dan bawang besar
Walaupun bawang putih dan bawang besar merupakan penyedap dalam masakan, namun ia akan menyebabkan bau mulut serta mempengaruhi bau peluh anda sehingga menjadikan bau badan menjadi busuk dan tidak menyenangkan.
Pengambila bawang akan menyebabkan tubuh menghasilkan senyawa (compound) yang menyerupai sulfur.
Senyawa ini adalah penyebab bau badan menjadi busuk, terutamanya ketika anda sedang berpeluh.
4. Daging merah
Pengambilan daging merah seperti daging kambing dan daging lembu secara berlebihan boleh menyebabkan bau badan. Ini kerana, daging adalah sejenis makanan yang sukar dihadam oleh badan dan akan meninggalkan sisa.
Sisa tersebut akan dikeluarkan bersama peluh dan ini boleh menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.
5. Minuman beralkohol
Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan bukan sahaja akan menyebabkan mulut anda berbau malah sekiranya tidak dikawal ia boleh menyebabkan seluruh badan berbau.
Ini disebabkan organ hati tidak dapat memproses minuman tersebut dan baunya keluar sebagai peluh.
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com