Ahli Geologi atau Geologist adalah individu yang mengkaji sejarah, sumber dan fenomena geologi bumi. Mereka menganalisis data, menjalankan kerja lapangan dan menyediakan laporan tentang penemuan yang mereka temui. Ahli Geologi bekerja dalam projek-projek seperti perlombongan, pengekstrakan minyak, dan pengurusan alam sekitar.
Job description template untuk Ahli Geologi ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Ahli Geologi untuk menganalisis data geologi dan merancang projek berkaitan geologi.
Untuk jawatan ini, anda akan dapat melawat tapak (sites) yang menarik untuk mengkaji bumi dan mengusahakan pengekstrakan dan perlombongan. Ini bermakna anda memerlukan kemahiran pengurusan organisasi dan projek yang sangat baik. Anda perlu mahir dengan data dan permodelan geologi, serta alat teknologi. Anda juga perlu mahir bekerja secara berkumpulan kerana akan bekerjasama dengan jurutera, ahli geofizik atau saintis lain.
Tugas seorang Ahli Geologi termasuklah:
- Merancang projek geologi (cth. pengekstrakan minyak, pembinaan paip air) dan acara pensampelan lapangan
- Meninjau tapak dan membuat log (cth. lubang gerudi) dan peta menggunakan GIS
- Mengumpul dan menganalisis data geologi
- Menyelaras program penyelidikan
- Memeriksa komposisi sampel dan spesimen
- Mengukur dan menguji fosil, batu, tanah, bijih dan bahan lain dengan instrumen yang betul (cth. X-ray)
- Menulis laporan tentang penemuan
- Menjalankan kawalan kualiti ke atas kesesuaian bahan (cth. logam untuk tujuan pembinaan) dan periksa projek
- Mengkaji tapak kajian untuk perkembangan, pembentukan, bahaya dan komposisi
- Menyiasat dan menilai deposit sumber asli (cth. minyak)
- Merujuk tentang pelbagai isu berkaitan geologi seperti pengurusan sisa, pengurusan sumber, teknik pengekstrakan gas dan banyak lagi
- Memastikan peraturan alam sekitar dan peraturan lain dipatuhi dalam projek pembinaan dan pengeluaran (cth. telaga minyak)
Syarat kelayakan
- Memiliki pengalaman sebagai Ahli Geologi
- Mempunyai pengalaman dengan pelbagai teknik geologi seperti perlombongan, boring dan pemodelan berangka
- Pengalaman menggunakan perisian geologi (cth. ArcGIS, Rockware) dan alat data dan pemodelan lain (cth. Adobe Illustrator, GoCAD)
- Mempunyai kebiasaan dengan peraturan alam sekitar
- Pengetahuan yang baik tentang sifat-sifat bijih, tanah, mineral dan bahan lain
- Keupayaan untuk mengendalikan dan menganalisis data dan model 3D
- Berfikiran analitikal
- Seorang yang terperinci
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (lisan dan bertulis)
- Boleh bekerja secara berkumpulan
- Ijazah dalam Geologi atau Geosains
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Ahli Geologi?
Purata gaji bulanan untuk Ahli Geologi di Malaysia adalah antara RM 2,900 hingga RM 7,900.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Ahli Geologi ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com