Chef adalah individu yang mahir dalam bidang masakan dan sudah terlatih dalam semua aspek penyediaan makanan. Tanggungjawab utama mereka termasuklah merancang menu, mengawasi staf di dapur dan memastikan makanan yang disediakan memenuhi standard kualiti yang diperlukan.
Job description template untuk Chef ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Restoran kami sedang mencari Chef/Tukang Masak yang bersemangat dan mahir dalam penciptaan hidangan lazat untuk pelanggan kami. Anda akan bertanggungjawab untuk merancang menu, memastikan setiap hidangan berkhasiat dan bekerjasama dengan staf yang lain untuk menyediakan makanan yang memenuhi standard kualiti di restoran kami.
Tugas seorang Chef termasuklah:
- Melengkapkan dapur dengan peralatan memasak seperti pisau, kuali dan sebagainya
- Kaji setiap resipi dan kumpulkan semua bahan yang diperlukan
- Masak makanan tepat pada masanya
- Agihkan tugas kepada staf di dapur
- Maklumkan staf tentang menu harian istimewa (sekiranya ada)
- Pastikan plate presentation adalah menarik
- Mengawasi Tukang Masak dan bantu sekiranya perlu
- Ubah suai resipi untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan (cth. kurangkan garam)
- Pantau stok makanan dan buat pesanan
- Periksa kesegaran makanan dan buang barang yang sudah basi
- Bereksperimen dengan resipi dan cadangkan bahan baharu
- Pastikan pematuhan semua peraturan kesihatan dan keselamatan dalam kawasan dapur
Syarat kelayakan
- Memiliki pengalaman sebagai Chef atau Tukang Masak
- Mempunyai pengalaman praktikal dengan pelbagai peralatan dapur (cth. pemanggang dan pembuat pasta)
- Mempunyai pengetahuan tentang teknik kulinari, pastri dan lain-lain
- Mahir memimpin staf bawahan
- Seorang yang tenang dalam menjalankan pelbagai jenis tugasan
- Bijak dalam pengurusan masa
- Up-to-date tentang teknik dan resipi masakan
- Kebiasaan dengan peraturan sanitasi
- Pendidikan dalam bidang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Chef?
Purata gaji bulanan untuk Chef di Malaysia adalah antara RM 2,700 hingga RM 4,500.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Chef ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com