Pelayan (waiter/waitress) adalah individu yang bekerja di restoran, bar, hotel dan mana-mana pertubuhan penyajian makanan dan minuman. Mereka akan memastikan tetamu mendapat pengalaman bersantap yang sangat baik dengan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Mereka akan menyambut tetamu, menerima pesanan makanan dan memastikan komunikasi lancar antara ruang makan dan dapur.
Job description template untuk Pelayan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pelayan untuk mengambil pesanan dan menghantar makanan dan minuman kepada pelanggan kami. Kami sedang mencari seseorang yang mempunyai kesabaran dan ketabahan untuk memegang jawatan ini.
Untuk menjadi Pelayan yang berjaya, anda perlu bersikap sopan dengan pelanggan kami dan pastikan mereka menikmati hidangan mereka. Anda juga perlu bijak berkomunikasi dengan staf dapur kami untuk memastikan pesanan pelanggan adalah tepat dan dihantar dengan segera.
Perlu diingat bahawa tugas Pelayan mungkin memerlukan anda untuk bekerja mengikut syif dan/atau sekali-sekala pada hujung minggu dan cuti umum.
Tugas seorang Pelayan termasuklah:
- Menyapa dan mengiringi pelanggan ke meja
- Bentangkan menu dan berikan maklumat terperinci apabila ditanya (cth. tentang bahagian, ramuan atau alahan makanan)
- Sediakan meja dengan menyediakan sudu, garfu, pinggan, cawan dll.
- Maklumkan kepada pelanggan tentang menu istimewa pada hari tersebut (sekiranya ada)
- Menawarkan cadangan menu (sekiranya perlu)
- Ambil pesanan makanan dan minuman yang tepat
- Sampaikan butiran pesanan kepada staf dapur
- Hidangkan pesanan makanan dan minuman
- Periksa pinggan mangkuk dan peralatan dapur untuk kebersihan dan persembahan serta laporkan sebarang masalah
- Susun atur meja dan kekalkan ruang makan yang kemas
- Menghantar resit dan mengutip pembayaran bil
- Bawa pinggan, gelas yang kotor ke dapur untuk dibersihkan
- Bertemu dengan staf restoran untuk menyemak sebarang perubahan pada menu dan spesifikasi perkhidmatan untuk tempahan (cth. parti)
- Patuhi semua peraturan jabatan kesihatan yang berkaitan
- Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada tetamu
Syarat kelayakan
- Memiliki pengalaman kerja sebagai Pelayan
- Mempunyai kemahiran asas dalam matematik
- Seorang yang sabar untuk melayan pelanggan
- Berkebolehan untuk multitasking
- Mahir berkomunikasi
- Mempunyai semangat berpasukan
- Fleksibiliti untuk bekerja mengikut syif
- Pendidikan yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pelayan?
Purata gaji bulanan untuk Pelayan di Malaysia adalah RM 2,020.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pelayan ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com