'Job Description Template' Pengarah Urusan

‘Job Description Template’ Pengarah Urusan

Posted by

Pengarah Urusan atau Managing Director/Chief Executive Officer adalah individu profesional yang memberi inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada leaders dan pengurus (manager) dalam sesebuah syarikat. Mereka bertanggungjawab mengarahkan operasi syarikat untuk memastikan ia mencapai objektifnya dengan berkesan dan cekap.

Job description template untuk Pengarah Urusan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengarah Urusan yang berpengalaman untuk mengawal dan menyelia semua operasi perniagaan, kakitangan dan usaha niaga. Anda akan menjadi pengurus yang berpangkat tertinggi dalam organisasi dan akan bertanggungjawab dalam kejayaan perniagaan kami.

Calon yang ideal akan menjadi ahli strategi dan pemimpin yang mampu mengemudi syarikat ke arah yang paling menguntungkan sambil melaksanakan visi, misi dan matlamat jangka panjangnya. Anda juga perlu mempunyai kemahiran pengurusan krisis yang sangat baik kerana Pengarah Urusan adalah orang yang diharapkan untuk “menyelamatkan” syarikat pada masa-masa tertentu

Tugas seorang Pengarah Urusan termasuklah:

  • Membangunkan dan melaksanakan strategi perniagaan syarikat untuk mencapai matlamat lembaga pengarah dan pemegang saham
  • Memberi nasihat strategik kepada lembaga pengarah dan Pengerusi supaya mereka mempunyai pandangan yang tepat tentang pasaran dan masa depan syarikat
  • Menyediakan dan melaksanakan rancangan perniagaan yang komprehensif untuk memudahkan pencapaian dengan merancang operasi kos efektif dan aktiviti pembangunan pasaran
  • Memastikan dasar syarikat dan garis panduan undang-undang dimaklumkan dan dipatuhi pada setiap masa
  • Berkomunikasi dan mengekalkan hubungan dengan pemegang saham, rakan kongsi perniagaan dan pihak berkuasa
  • Mengawasi prestasi kewangan syarikat, pelaburan dan usaha niaga lain
  • Menyelia kerja-kerja eksekutif dengan memberikan bimbingan dan motivasi untuk memacu prestasi yang maksimum
  • Membaca semua laporan yang diserahkan oleh pengurus berpangkat rendah untuk mencegah isu dan menyelesaikan masalah
  • Menganalisis situasi dan masalah serta menyediakan penyelesaian untuk memastikan pertumbuhan syarikat

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Pengarah Urusan atau jawatan pengurusan yang berkaitan
  • Pengalaman dalam membangunkan pelan strategik perniagaan
  • Mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang perubahan pasaran dan kuasa yang mempengaruhi syarikat
  • Mempunyai pemahaman yang kuat tentang kewangan korporat dan ukuran prestasi
  • Kebiasaan dengan undang-undang korporat 
  • Mempunyai kemahiran organisasi dan kepimpinan yang cemerlang
  • Memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik
  • Kebolehan analisis dan penyelesaian masalah yang baik
  • Ijazah dalam pentadbiran perniagaan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengarah Urusan?

Purata gaji bulanan untuk Pengarah Urusan di Malaysia adalah antara RM 30,000 hingga RM 50,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengarah Urusan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *