5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Posted by

Lima jalan raya yang kami kongsikan ini adalah antara laluan yang paling kerap menyebabkan kematian di dunia.

Malangnya, masyarakat yang tinggal di kawasan ini terpaksa bergantung kepada jalan berbahaya ini hampir setiap hari.

Masyarakat di Malaysia ternyata sangat bernasib baik kerana jalan raya yang disediakan selamat untuk dilalui. 

1. Lebuh raya Karakoram, Pakistan


5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Lebuh raya ini menghubungkan negara China dan Pakistan. Kerajaan yang membinanya menggelarkannya sebagai jalan persahabatan. Jalan ini merupakan jalan antarabangsa yang tertinggi yang pernah diturap.

Kekerapan tanah runtuh menyebabkan laluan ini disenaraikan paling berbahaya di dunia.

2. Lebuh raya James Dalton, Alaska

5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Lebuh raya ini bermula dari Elliott di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhoe berhampiran lautan Artik.

Jalan ini terletak di kawasan terpencil. Walaupun kelihatan tenang tetapi dipenuhi dengan lubang-lubang yang berbahaya dan batu kecil yang diterbangkan angin.

3. Jalan Yungas Utara, Bolivia

5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Penduduk Yungas menggelarkannya sebagai jalan maut kerana dianggarkan  seramai 200 hingga 300 pemandu maut setiap tahun.

Penduduk Yungas mengatakan ia adalah sesuatu yang normal untuk melihat kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini.

4. Jalan Jalalabad-Kabul, Afghanistan

5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Jalan sepanjang 65 kilometer ini menghubungkan wilayah Jalalabad dan Kabul. Jalan ini telah meragut banyak nyawa kerana laluannya yang sempit dan silang menyilang selain cara pemanduan berbahaya penduduk membuatkan perjalanan di sini sangat mencabar.

5. Terowong Guoliang, China

5 Jalan Raya Paling Bahaya Di Dunia

Terowong ini dibina oleh penduduk Guoliang kerana sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus.

Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ia sangat berbahaya untuk digunakan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan pengetahuan baru buat anda. 

Sumber: AZ Animals

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *