Kerani Stok atau Stock Clerk adalah individu yang bertanggungjawab untuk membantu dalam peringkat akhir rantaian bekalan runcit dengan penghantaran, pembungkusan, dan pergerakan barang. Mereka melakukan pelbagai tugas termasuk menerima, menyimpan, memindahkan dan menjual stok. Mereka juga memastikan barangan dilabel, diperiksa dan dipaparkan dengan sewajarnya dan diambil kira dalam inventori.
Job description template untuk Kerani Stok ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Kerani Stok yang bertenaga dan mesra untuk menyertai pasukan kami untuk membantu aktiviti gudang dan stok runcit. Anda akan ditugaskan untuk memastikan stok diurus dengan berkesan, cekap dan akan bertanggungjawab untuk menerima, mengurus, memindahkan dan meletakkan stok di kedai dan kemudahan penyimpanan kami.
Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.
Tugas seorang Kerani Stok termasuklah:
- Memindahkan stok di dalam gudang
- Melabelkan item untuk harga, penyimpanan dan pemindahan
- Membantu aktiviti pengambilan stok
- Memberitahu penyelia dan pengurus tahap inventori
- Membungkus barang untuk penyimpanan dan paparan runcit
- Menyokong pengurus gudang dalam menjalankan tugas mereka
Syarat kelayakan
- Pengalaman kerja sebagai Kerani Stok atau peranan yang berkaitan
- Pemahaman tentang terminologi pengurusan stok, seperti penerimaan, inventori dan shelving
- Kebolehan untuk melakukan perkhidmatan pelanggan
- Berperwatakan peramah dan rajin
- Pendidikan yang berkaitan
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Kerani Stok?
Purata gaji bulanan untuk Kerani Stok adalah antara RM 1,488 hingga RM4,916.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Kerani Stok ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Kerani Kemasukan Data
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com