‘Job Description Template’ Pembantu Penyediaan Makanan

‘Job Description Template’ Pembantu Penyediaan Makanan

Posted by

Pembantu Penyediaan Makanan atau Prep Cook/Food Preparation Worker adalah individu yang bertanggungjawab dalam membantu dalam penyediaan makanan dan menyediakan hidangan untuk pelbagai acara dan majlis. 

Job description template untuk Pembantu Penyediaan Makanan ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembantu Penyediaan Makanan untuk membantu dalam penyediaan hidangan lazat di dapur. Skop kerja bagi jawatan ini merangkumi persiapan dan pengurusan bahan makanan, penyediaan hidangan mengikut panduan menu, penyajian makanan dengan kemas dan bersih, menjaga kebersihan dapur dan peralatan masakan dan banyak lagi!

Hantarkan permohonan anda jika anda rasa anda memenuhi kriteria yang kami cari.

Tugas seorang Pembantu Penyediaan Makanan termasuklah:

  • Mengikut senarai persediaan yang dibuat oleh chef 
  • Melabel dan menyimpan semua bahan di rak supaya ia teratur dan mudah diakses
  • Sukat bahan dan perasa yang akan digunakan dalam masakan
  • Sediakan bahan masakan dengan membasuh dan memotong sayur, memotong daging dll.
  • Menjalankan tugas memasak asas seperti mengurangkan sos, merebus makanan dsb.
  • Sediakan hidangan ringkas seperti salad, hidangan pembuka dll.
  • Mengekalkan kebersihan dapur dengan membasuh pinggan mangkuk, membersihkan permukaan, membuang sampah dsb.
  • Pastikan semua makanan dan barangan lain disimpan dengan betul
  • Mematuhi garis panduan pemakanan dan sanitasi
  • Melaksanakan tugas-tugas dapur lain seperti yang diarahkan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Pembantu Penyediaan Makanan 
  • Pengetahuan tentang peraturan kesihatan dan keselamatan di dapur
  • Mampu mengendalikan alat pemotong dan peralatan dapur
  • Seorang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Mempunyai keupayaan untuk kekal positif di bawah tekanan
  • Keadaan fizikal dan daya tahan yang sangat baik
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Penyediaan Makanan?

Purata gaji bulanan untuk Pembantu Penyediaan Makanan adalah antara RM 1,200 hingga RM 2,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Penyediaan Makanan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *