Semua orang boleh beri nasihat, tapi tidak semua orang memiliki kemahiran untuk memberi nasihat dengan cara yang tepat.
Ada kalanya nasihat yang diberikan menyinggung perasaan seseorang dan ada juga nasihat yang langsung tidak diendahkan, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Jadi, dalam usaha dan niat baik anda untuk memberi nasihat kepada seseorang, apa kata anda ambil tahu dahulu cara-cara yang tepat untuk memberi nasihat.
1. Tidak membuka aib
Ketika memberi nasihat, jangan sesekali membuka aib atau kata mudahnya perkara-perkara yang boleh memalukan seseorang. Pastikan anda menjaga aib dan kehormatan orang lain.
Pastikan nasihat yang diberikan tidak menggangu ketenteraman hidup seseorang serta tidak menjatuhkan maruahnya di khalayak umum.
2. Pendekatan yang bijak
Gunakan pendekatan yang bijak ketika memberi nasihat serta menggunakan tutur kata yang baik sekiranya berhadapan secara bersemuka (face to face).
Namun sekiranya anda ingin memberikan nasihat di dalam media sosial, ia perlu dilakukan dengan gaya bahasa yang sopan tanpa menyinggung sesiapa.
3. Mengukuhkan lagi hubungan silaturahim
Sebelum memberi nasihat, pastikan setiap tutur kata anda dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia tanpa menimbulkan pergaduhan pada masa akan datang.
Sebenarnya, sekiranya ketiga-tiga cara ini diamalkan ketika memberikan nasihat kepada seseorang, ia mampu meninggalkan kesan yang baik namun sekiranya nasihat yang diberikan diiringi dengan kejian, makian, membuka aib, tutur bahasa yang kesat, maka ia akan memberikan kesan yang buruk terhadap diri, emosi dan maruah seseorang.
Semoga perkongsian ini memberi panduan buat anda.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Sumber: Richworks
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com