Latihan praktikal, latihan industri atau internship (intern) adalah tempoh di mana para pelajar universiti perlu bekerja di syarikat-syarikat yang menawarkan program ini untuk menamatkan pengajian.
Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Ia juga untuk memberikan para pelajar pengalaman dan pengetahuan yang tidak boleh dipelajari di dalam kelas.
Majikan tidak boleh sesekali mengambil kesempatan atau mempergunakan pelajar intern ini untuk kepentingan diri sendiri atau syarikat.
Berikut kami kongsikan antara tiga perkara yang perlu dilakukan oleh majikan apabila mengambil pelajar intern masuk ke dalam syarikat.
Berikan penerangan penuh
- Majikan perlu terlebih dahulu menerangkan tentang skop pekerjaan, bayaran gaji serta tempoh waktu bekerja.
- Jenis tugasan yang diberikan kepada pelajar intern perlulah berkaitan dengan bidang pengajiannya.
Tinjau secara konsisten
- Majikan perlu memantau tahap kemajuan pelajar intern dalam menyiapkan tugasan mereka dari semasa ke semasa.
- Jangan sesekali tidak menghiraukan pelajar intern! Berikan penerangan serta tunjuk ajar yang lengkap dan baik.
Membayar elaun bulanan
- Pelajar intern wajib diberi elaun Monetary iaitu gaji bulanan. Purata jumlah elaun yang diberi adalah antara RM400 hingga RM600 sebulan bergantung kepada syarikat.
- Sesetengah syarikat juga menyediakan elaun faedah (benefits) iaitu elaun tambahan untuk perkara-perkara lain.
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan dan perekrut (recruiter) di luar sana.
Bacaan lain: 4 Tips Ubah Status Internship Kepada Kerja Tetap
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com