Purata Gaji Pekerja Bangladesh Di Malaysia Buat Warga Tempatan Terkejut

Purata Gaji Pekerja Bangladesh Di Malaysia Buat Warga Tempatan Terkejut

Posted by

Pekerja warganegara Bangladesh seringkali dipandang rendah oleh sesetengah individu kerana mereka ini dikatakan hanya bekerja sebagai kuli di Malaysia.

Namun realitinya, pendapatan mereka jauh lebih tinggi dari gaji yang diraih oleh sesetengah daripada kita di Malaysia.

Seorang pengguna aplikasi TikTok berkongsi satu video menunjukkan angka gaji bulanan yang diraih oleh sejumlah warga asing yang bekerja di Malaysia.

@razaliabduljalil

Sekarang pmx mum gaji minimum rm1700 Sokong atau tak #gaji #bangla #projek #gajiminima

? suono originale – MusicSuperStore ?

Secara puratanya, gaji minimum yang dapat dilihat dari video tersebut adalah sekitar RM2,600 sehingga mencecah RM3,500.

Artikel berkaitan: Syarikat Ini Tawar Gaji Serendah RM1,750 Untuk Jawatan Junior Pemasaran Digital, Tapi Job Scope Macam 6 Orang Pekerja 

Tinjauan penulis di ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata warganet terkejut dengan angka pendapatan yang diraih oleh majoriti pekerja Bangladesh di syarikat itu.

Ada juga yang berpendapat mereka layak menerima gaji sebegitu setelah membanting tulang dan tidak mengambil cuti untuk mendapatkan upah kerja lebih masa.

“dia org ot, then ph tak dpt, al tak dpt, keja lebih rajin dr org kita, so biar la rezeki dia org.”

“diorang makan bercatu..duit semua hantar kampung..kita yg basic 1.5 sibuk mkn mewah..diorang keje mcm takde hari esok..kita keje sikit nk mc,el,al..lepastu pertikai gaji diorang lg banyak..apo la.”

“Aku x kisah Gaji dorg brp sebab diaorg rajin Selagi boleh OT selagi tu ot … kerja xd nak ponteng2.”

“Dia orang gaji 3k. Transfer kampung 2.8k, 200 simpan sendiri. Memang target dia orang nak kerja utk family dia orang kat sana.”

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *