Syarikat Taiwan Beri Bonus 20 Bulan Gaji Kepada Pekerja

Syarikat Taiwan Beri Bonus 20 Bulan Gaji Kepada Pekerja

Posted by

Sebuah syarikat gergasi perkapalan dari Taiwan, Evergreen Marine Corp (EMC) menarik perhatian ramai apabila memberikan bonus akhir tahun sebanyak 20 bulan gaji kepada pekerja mereka.

Bonus ini diberikan sebagai penghargaan atas prestasi cemerlang syarikat yang mencatatkan peningkatan luar biasa pada tahun 2024. 

Memetik laporan Taiwan News, berita ini diumumkan pada hari terakhir tahun 2024 dan mencetuskan kegembiraan kepada para pekerja syarikat pengendali logistik global itu

Pemberian bonus ini didorong oleh prestasi luar biasa syarikat dalam meraih keuntungan besar. EMC mencatatkan kejayaan cemerlang sepanjang tiga suku pertama tahun 2024, dengan pendapatan mencapai NT$347.76 bilion (RM47.56 bilion) dan keuntungan bersih sebanyak NT$108.75 bilion (RM14.84 bilion).

Ini menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan syarikat yang sangat tinggi, iaitu 67.98% bagi pendapatan dan 239.40% bagi keuntungan bersih.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2022, Evergreen telah memberikan bonus luar biasa sebanyak 52 bulan gaji kepada pekerjanya, menjadikannya salah satu ganjaran terbesar yang pernah diberikan dalam industri perkapalan pada masa itu.

Namun pada tahun 2023, keuntungan syarikat mula menurun. Evergreen hanya mampu memberikan bonus sekitar 4 hingga 6 bulan gaji, pemberian ini jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun 2024, mereka sekali lagi mencipta rekod dengan pemberian bonus melebihi 20 bulan gaji.

Artikel berkaitan: Gagal Bayar Caruman Perkeso, Syarikat Bubblebee Didenda RM17,500

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *