Syarikat minyak dan gas milik negara Malaysia, PETRONAS sekali lagi dinobatkan sebagai jenama minyak dan gas terkuat dunia untuk tahun 2024.
Dengan skor Brand Strength Index (BSI) sebanyak 87.8, PETRONAS mendahului senarai 10 Jenama Minyak & Gas Terkuat 2024 yang dikeluarkan oleh firma perunding terkemuka, Brand Finance.
Bukan itu sahaja, PETRONAS turut menerima pengiktirafan luar biasa dengan menduduki tangga pertama sebagai jenama paling bernilai di rantau ini, dengan mencatatkan Nilai Persepsi Kelestarian (SPV) yang tertinggi.
Nilai jenama PETRONAS melonjak sebanyak 15%, mencecah angka mengagumkan iaitu USD14.6 bilion, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai tonggak utama dalam landskap ekonomi ASEAN.
Prestasi kewangan PETRONAS didapati kekal teguh dan didorong oleh peralihan strategik ke arah peningkatan aktiviti dagangan dalam minyak mentah serta petrokimia yang telah menyumbang kepada peningkatan hasil yang ketara.
Di kedudukan kedua, jiran serantau Malaysia, Pertamina (Indonesia), berjaya meraih skor 84.4.
Prestasi ini telah membanggakan rakyat Indonesia, yang memberikan pujian terhadap kemajuan syarikat mereka di platform media sosial.
Selain PETRONAS dan Pertamina, berikut merupakan senarai lengkap jenama minyak dan gas terkuat dunia untuk tahun 2024 (Top 10 Strongest Oil & Gas Brands 2024):
Apa yang menjadi bualan hangat warganet adalah ketiadaan Saudi Aramco, gergasi minyak dari Arab Saudi, dalam senarai ini.
Komen seperti “Aramco takde?,” mencerminkan kekeliruan warganet yang menjangkakan kehadiran Aramco dalam senarai teratas.
Walaupun Aramco dikenali sebagai pengeluar minyak terbesar di dunia, kedudukan jenama mereka mungkin tidak sekuat syarikat-syarikat lain dalam senarai ini, yang lebih memberi tumpuan kepada kekuatan jenama dan dominasi pasaran global.
Artikel berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!