Pasport Malaysia menduduki tangga ke-12 paling berkuasa di dunia pada awal tahun 2025.
Menurut data yang dikeluarkan The Global Passport Ranking 2025, pasport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 183 buah negara dan keperluan visa di 43 buah negara seluruh dunia. Sementara pada taburan Asia Tenggara pula, Malaysia menduduki tangga kedua setelah Singapura (1) yang tampil selaku negara memiliki prestasi pasport paling berkuasa di dunia.
Diikuti Brunei (20), Thailand (61), Indonesia (66), Filipina (75), Kemboja (89), Vietnam (91) dan Myanmar (94).
Manakala kedudukan global pula memperlihatkan Singapura unggul sebagai pemegang pasport terbaik global selepas memiliki skor mobiliti tertinggi iaitu 195.
Jepun pula menduduki tempat ke-2, dengan pemilik pasport negara itu dibenarkan untuk mengunjungi 193 negara.
Finland, Perancis, Jerman, Itali, Korea Selatan, dan Sepanyol pula masing-masing menduduki tempat ke-3 dengan memperoleh skor mobiliti sebanyak 192.
Tujuh negara berjaya menduduki tempat ke-4 dalam senarai pasport terbaik dunia, iaitu Austria, Denmark, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, dan Sweden, dengan kebebasan untuk masuk ke 191 negara.
Dengan memperoleh kebenaran memasuki 190 negara, pasport Belgium, New Zealand, Portugal, Switzerland, dan United Kingdom menduduki tempat ke-5 dalam senarai pasport terbaik dunia.
Australia dan Greece berada di tempat ke-6 dengan nilai 189, manakala Malta dan Poland masing-masing berkongsi tempat ke-7 setelah memperoleh kebebasan untuk memasuki 188 negara.
Pasport dari Republik Czech dan Hungary menduduki tempat ke-8 terbaik dengan skor 187, sementara Estonia dan Amerika Syarikat berkongsi tempat ke-9 dengan skor mobiliti 186.
Tempat ke-10 diduduki oleh empat negara iaitu Latvia, Lithuania, Slovenia, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang masing-masing memperoleh kebebasan memasuki 185 negara.
Artikel berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Ke-10 Negara Paling Aman Di Dunia
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
