Malaysia Miliki Pekerja Asing Warga Bangladesh Paling Ramai 

Malaysia Miliki Pekerja Asing Warga Bangladesh Paling Ramai 

Posted by

Menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), jumlah keseluruhan penduduk yang bekerja di negara ini adalah seramai 16,779,500 orang sehingga 31 Disember tahun lalu.

Steven Sim, selaku menteri Kesuma berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,368,422 orang atau 14 peratus adalah pekerja asing, lapor Buletin TV3.

“Peratusan ini menunjukkan keberadaan pekerja asing dalam negara adalah terkawal kerana masih berada di bawah had siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah penduduk bekerja negara.

“Peratusan terbesar pekerja asing terdiri daripada pekerja warga Bangladesh yang mewakili 37.96 peratus (898,970 orang) daripada keseluruhan pekerja asing di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Di tempat ke-2 pula jatuh kepada pekerja dari kalangan Indonesia dengan jumlah 24.58 peratus iaitu 582,108 orang dan pekerja Nepal sebanyak 15.63 peratus merangkumi 370,127 orang.

Steven Sim berkata demikian sewaktu menjawab pertanyaan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mengenai kadar peratusan dan jumlah lambakan pekerja asing di Malaysia.

Menurutnya lagi, sejak 18 Mac 2023, kerajaan telah membuat keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu sehingga satu tarikh yang akan diumumkan.

Artikel berkaitan: Purata Gaji Pekerja Bangladesh Di Malaysia Buat Warga Tempatan Terkejut

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *