ChatGPT: Lebih 700 Juta Imej Telah Dijana Sejak Ciri Baharu Dilancarkan

ChatGPT: Lebih 700 Juta Imej Telah Dijana Sejak Ciri Baharu Dilancarkan

Posted by

Minggu lepas, ChatGPT memperkenalkan ciri baharu untuk menjana imej, yang membolehkan pengguna mencipta pelbagai imej menarik tanpa sebarang kesalahan, termasuk teks dalam gambar. Selain itu, ciri ini juga memahami konteks dengan baik untuk membuat perubahan pada gambar, dan telah digunakan oleh ramai orang untuk menukar gambar sedia ada mereka kepada bentuk yang berbeza.

Salah satu perkara yang menjadi pilihan ramai, adalah mengubah gambar sedia ada ke dalam bentuk lakaran animasi gaya Studio Ghibli.

Terbaharu, OpenAI berkongsi bahawa lebih 130 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan ini, menghasilkan lebih daripada 700 juta imej sejak hari Selasa lepas. Pencapaian ini menunjukkan sambutan yang luar biasa terhadap ciri janaan imej terbaharu, yang semakin popular dalam kalangan pengguna.

Pada awalnya, ciri ini hanya diperkenalkan kepada pengguna berbayar, namun ia baru sahaja diperkenalkan kepada pengguna versi percuma pada minggu ini. Walau bagaimanapun, pengguna versi percuma hanya dibenarkan untuk menjana dua imej setiap minggu.

Dengan jutaan pengguna yang telah memanfaatkan ciri tersebut, OpenAI juga menyatakan bahawa pelbagai visual kreatif yang dihasilkan amat menarik dan memberi inspirasi. Tidak mustahil untuk kita melihatnya ciri ini terus berkembang dan digunakan dengan lebih meluas pada masa hadapan.

Artikel berkaitan: Pelajar Di Amerika Syarikat Saman Universiti Selepas Dibuang Kerana Didakwa Gunakan ChatGPT Untuk Menulis Esei

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *