Seramai 19 individu Malaysia tersenarai dalam senarai Jutawan Forbes (Billionaires Forbes) 2025 dengan jumlah nilai kekayaan mereka mencapai AS$57.3 bilion (RM256.23 bilion) sekaligus meletakkan nama negara di peringkat global.
Robert Kuok, berusia 101, mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia, dengan peningkatan nilai kekayaan bersih kepada AS$12.1 bilion (RM55.8 bilion).
Individu Malaysia terkaya seterusnya ialah Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong. Beliau berada di kedudukan ke-274 dalam senarai Forbes dengan nilai kekayaan bersih sebanyak AS$9.9 bilion (RM44.5 bilion).
Seterusnya ketua pegawai eksekutif kumpulan Press Metal Aluminium Holdings Bhd, Tan Sri Paul Koon berada di kedudukan ke-868 di peringkat global dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$4.2 bilion (RM18.8 bilion).
Selain itu, dua adik beradik dari IOI Group, iaitu Datuk Lee Yeow Chor, 58, dan Lee Yeow Seng, 47, yang terlibat dalam perladangan dan hartanah, masing-masing mempunyai nilai bersih AS$3.1 bilion (RM13.7 bilion) dan AS$2.3 bilion (RM10.6 bilion).
Turut menarik perhatian, Lee Thiam Wah, 61, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd menduduki tangga keempat sebagai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih AS$3.7 bilion (RM17.6 bilion).
Artikel berkaitan: Pengasas 99 Speedmart Kini Individu Ke-7 Paling Kaya Di Malaysia!
Anak-anak kepada mendiang Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank Bhd, iaitu Diona Teh Li Shian, Lillian Teh Li Ming, Lillyn Teh Li Hua, dan William Teh Lee Pang, turut tersenarai sebagai antara individu paling kaya di Malaysia, dengan setiap seorang mempunyai kekayaan bersih berjumlah AS$1.6 bilion.
Tan Sri Jeffrey Cheah, pengasas Sunway Group, juga tersenarai dalam Senarai Bilionair Forbes 2025, menduduki kedudukan kelima terkaya di Malaysia dengan kekayaan bersih sebanyak AS$3.5 bilion (RM15.6 bilion).
Pada masa yang sama, Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group mencatatkan kekayaan sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion), manakala Tan Yu Yeh dari MR DIY memiliki kekayaan bernilai AS$1.3 bilion (RM5.8 bilion).
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
Sumber: The Star
