Walaupun pada hari ini terdapat pelbagai penawaran perkhidmatan berasaskan kepada kecerdasan buatan, namun OpenAI dilihat terus menjadi destinasi utama pengguna. Mana tidaknya, menurut CEO OpenAI Sam Altman dalam sesi temubual TED 2025 hujung minggu lalu, ChatGPT kini digunakan sekitar 10% populasi dunia.
Menurutnya, jumlah pengguna meningkat dua kali ganda sejak model ChatGPT-4o dengan ciri janaan imej lebih berkuasa dilancarkan.
Penggunaan yang tinggi ini adalah disebabkan oleh orang ramai yang ingin mencuba ciri janaan imej seakan Studio Ghibli yang tular dua minggu lalu. Anda pasti telah melihat banyak imej anime seakan karya Hiyao Miyazaki digunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya.
Altman mengaku permintaan luar biasa untuk menjana imej membuatkan “pelayar komputer OpenAI lebur” dan menyebabkan had janaan imej diletakkan bagi pengguna ChatGPT percuma.
Artikel berkaitan: Ini Rupanya Kelebihan ChatGPT Yang Ramai Tak Tahu
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
