Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Pada Mei 2025

Foodpanda Tamatkan Operasi Di Thailand Pada Mei 2025

Posted by

Menurut pengumuman rasmi syarikat induk Foodpanda, Delivery Hero, pada hari Rabu, operasi platform serta perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit Foodpanda di Thailand akan dihentikan sepenuhnya bermula 23 Mei ini.

Katanya, keputusan itu selaras dengan tumpuan Delivery Hero untuk “mengoptimumkan strategi geografi” seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini menerusi penamatan operasi di beberapa negara lain termasuk Denmark, Ghana, Slovakia dan Slovenia.

“Delivery Hero akan terus memberi tumpuan kepada rantau Asia Pasifik (APAC) lain yang menawarkan pulangan lebih tinggi,” kata syarikat itu.

Difahamkan Foodpanda menghadapi kesukaran dalam pasaran penghantaran makanan di Thailand yang sangat mencabar, dengan hanya mencatatkan pegangan pasaran kurang daripada 15% jauh ketinggalan di belakang Lineman Wongnai (44%) dan GrabFood (39.4%).

Tahun lalu, Delivery Hero dilaporkan berusaha untuk menjual sebahagian daripada perniagaan Foodpanda di Asia Tenggara, namun rundingan tersebut tidak berjaya diteruskan selepas gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pembeli.

Dalam masa yang sama, syarikat itu memaklumkan bahawa pasukan serantau yang berpusat di Thailand — yang mengendalikan perkhidmatan seperti pemasaran dan operasi sumber manusia bagi rantau Asia-Pasifik — akan terus beroperasi seperti biasa.

Artikel berkaitan: Kilang Kicap Soya Hup Teck Tamatkan Perniagaan Selepas 111 Tahun Beroperasi

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *