Kajian Ipsos: Majoriti Rakyat Malaysia Bimbang Tentang AI

Kajian Ipsos: Majoriti Rakyat Malaysia Bimbang Tentang AI

Posted by

Ipsos merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran bertaraf global yang berpusat di Perancis. Ia menjalankan pelbagai kajian termasuk tinjauan pendapat, penyelidikan pasaran, dan analisis dalam bidang politik, sosial, pengguna, serta kini turut merangkumi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI).

Baru-baru ini, Ipsos AI Monitor 2025 telah menjalankan tinjauan melibatkan lebih 23,000 responden dewasa dari 30 negara, termasuk 500 orang dewasa di Malaysia. Kajian ini dijalankan antara bulan Mac hingga April bagi meneliti persepsi masyarakat terhadap teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut kajian tersebut, 54% orang dewasa di Malaysia percaya peningkatan penggunaan AI akan menjadikan pekerjaan mereka lebih baik dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, ia meningkat daripada 39% yang direkodkan tahun lalu.

Namun pada masa yang sama, 63% orang dewasa di Malaysia juga berpendapat bahawa AI akan menggantikan pekerjaan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang, sedikit meningkat daripada 62% tahun lepas.

“Trend ini menunjukkan kesediaan yang semakin meningkat untuk mengintegrasikan AI ke dalam tempat kerja.

“Namun, optimism ini turut disertai dengan kebimbangan tersendiri, memandangkan 63% rakyat Malaysia bimbang AI berpotensi menggantikan pekerjaan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” ujar Ipsos Malaysia dalam satu kenyataan rasmi.

Artikel berkaitan: Kajian Dedah AI Boleh Jimatkan 2 Minggu Waktu Bekerja Setahun

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *