Ketakutan Terhadap AI Punca Pelajar Universiti Havard & MIT Berhenti Belajar

Ketakutan Terhadap AI Punca Pelajar Universiti Havard & MIT Berhenti Belajar

Posted by

Massachusetts Institute of Technology dan Harvard merupakan dua institusi pengajian tinggi terkemuka yang hanya menerima pelajar paling cemerlang. Namun, pelajar dalam bidang sains komputer di kedua-dua universiti ini kini mula meninggalkan pengajian kerana bimbang peluang pekerjaan akan berkurang akibat perkembangan pesat penggunaan kecerdasan buatan am (AGI).

Berdasarkan laporan Forbes dan New York Times, kadar pengangguran dalam kalangan pelajar jurusan sains komputer di Amerika Syarikat kini mencecah 7.5%, iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding graduan dalam bidang biologi dan sejarah seni. Seorang graduan tahun ini berkongsi bahawa beliau hanya menerima satu panggilan temuduga, dan ia pula datang daripada sebuah restoran makanan segera. Permohonan kerjanya sering ditolak atas alasan kurang pengalaman serta kelulusan akademik yang dianggap terlalu tinggi.

Impian untuk meraih pendapatan enam angka dalam bidang pembangunan perisian kini semakin pudar, apabila peranan tersebut semakin diambil alih oleh kecerdasan buatan. Situasi ini mula menghantui pelajar jurusan sains komputer, dengan sebahagian daripada mereka memilih untuk menukar haluan pengajian kepada bidang seperti pembangunan AI dan sains data demi memastikan masa depan mereka tidak berakhir dengan menganggur.

Keadaan ini sudah mula kelihatan di Amerika Syarikat dan menimbulkan persoalan penting bagaimana pula dengan situasi di institusi pengajian tinggi di Malaysia? 

Artikel berkaitan: Microsoft Dedah Senarai 40 Pekerjaan Yang Mungkin Digantikan AI

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *