Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Posted by

Cili merupakan bahan penting dalam pelbagai masakan di seluruh dunia. Ia terkenal bukan sahaja kerana rasa pedasnya yang menyengat, tetapi juga kerana keunikan dan kepelbagaian varietinya. 

Namun, tahukah anda bahawa tidak semua cili itu sama tahap kepedasannya? Dalam kali artikel kali ini, kami akan kongsikan 5 cili paling pedas di dunia. Selain itu, kami juga akan menjelaskan bagaimana tahap kepedasan cili ini diukur menggunakan skala yang dikenali sebagai Scoville Heat Units (SHU). 

Bagaimana kepedasan cili diukur?

Kepedasan cili diukur menggunakan Skala Scoville, yang merupakan kaedah paling umum digunakan untuk mengukur tahap kepedasan. Untuk mengetahui bagaimana skala ini berfungsi, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Secara ringkas, Skala Scoville diperkenalkan oleh ahli kimia Wilbur Scoville pada tahun 1912. Skala ini mengukur tahap kepedasan cili berdasarkan kandungan capsaicin, iaitu sebatian kimia yang bertanggungjawab menghasilkan rasa pedas pada cili.

Untuk mengukur tahap kepedasan, sampel cili akan dicampurkan dan dicairkan dalam larutan gula air. Selepas itu, sekumpulan panelis akan mencuba larutan tersebut bagi menentukan titik di mana mereka mula merasakan rasa pedas. Tahap kepedasan dicatatkan berdasarkan berapa kali larutan perlu dicairkan sehingga rasa pedas tersebut tidak lagi dapat dirasai.

Hasil daripada ujian ini dinyatakan dalam unit yang dikenali sebagai Scoville Heat Units (SHU). Sebagai contoh, jika cili tersebut perlu dicairkan sebanyak 1,000 kali sebelum rasa pedasnya hilang, maka tahap kepedasannya akan dicatatkan sebagai 1,000 SHU. Skala ini membantu memberikan gambaran yang jelas mengenai kepedasan setiap jenis cili.

Kategori kepedasan berdasarkan Skala Scoville

  • Mild (Ringan): 0 – 2,500 SHU – Contoh: Capsicum annuum (seperti lada hijau)
  • Medium (Sederhana): 2,500 – 30,000 SHU – Contoh: Jalapeño
  • Hot (Pedas): 30,000 – 100,000 SHU – Contoh: Habanero
  • Very Hot (Sangat Pedas): 100,000 – 1,000,000 SHU – Contoh: Ghost Pepper
  • Extreme Heat (Kepedasan Ekstrem): Melebihi 1,000,000 SHU – Contoh: Carolina Reaper

Kenali 5 cili paling pedas di dunia

1. Carolina Reaper

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Dikenali sebagai raja segala cili, Carolina Reaper menduduki tangga teratas dengan tahap kepedasan yang amat menggerunkan. Cili yang dihasilkan oleh Ed Currie di South Carolina ini mencatatkan lebih daripada 1,600,000 Scoville Heat Units (SHU), menjadikannya antara yang paling pedas di dunia.

Selain daripada kepedasannya yang luar biasa, Carolina Reaper juga hadir dengan rasa buah yang unik dan sedikit manis, menjadikan ia pilihan utama dalam penyediaan sos dan hidangan pedas yang memikat selera.

2. Trinidad Moruga Scorpion

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Cili ini berasal dari Trinidad dan Tobago dan dikenali dengan tahap kepedasan sekitar 1,463,700 SHU. Trinidad Moruga Scorpion bukan sahaja sangat pedas, malah turut menampilkan rasa manis serta aroma buah yang harum. 

Gabungan unik ini menjadikan cili tersebut sering digunakan dalam masakan untuk memberikan rasa yang unik dan memberi impak rasa yang kuat.

3. 7 Pot Douglah

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Cili yang berasal dari Trinidad ini mempunyai tahap kepedasan yang luar biasa, iaitu sekitar 1,853,936 SHU. Dengan kulit berwarna coklat gelap, cili ini menawarkan rasa yang sangat pedas serta sedikit kemanisan. Nama “7 Pot” diberikan kerana dipercayai satu cili ini mampu membakar tujuh periuk makanan sekaligus.

4. Komodo Dragon

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Cili yang berasal dari England ini memiliki tahap kepedasan sekitar 1,400,000 SHU. Dikenali dengan rasa buah yang sedikit tajam dan unik, ia sering menjadi pilihan utama dalam pembuatan sos yang menggugah selera. Bagi pencinta cabaran kepedasan, Komodo Dragon adalah pilihan sempurna untuk menambah kehangatan dan sentuhan pedas yang mengasyikkan pada setiap hidangan.

5. Ghost Pepper (Bhut Jolokia)

Kenali 5 Cili Paling Pedas Dunia & Bagaimana Kepedasannya Diukur

Ghost Pepper yang juga dikenali sebagai Bhut Jolokia, pernah memegang gelaran cili paling pedas dunia sebelum digantikan oleh Carolina Reaper. Dengan tahap kepedasan mencecah 1,041,427 SHU, cili ini berasal dari India dan sering menjadi bahan utama dalam masakan tradisional. Kepedasannya yang luar biasa menjadikan ia sangat digemari oleh penggemar cili.

Kesimpulannya, cili bukan sahaja menambah kepedasan dalam masakan, tetapi juga membawa pengalaman rasa yang unik dan mencabar. Dari Carolina Reaper hingga Ghost Pepper, setiap cili mempunyai tahap kepedasan dan ciri tersendiri yang diukur melalui Skala Scoville. Dengan memahami kepedasan cili, anda boleh memilih yang sesuai mengikut citarasa dan keberanian.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Artikel berkaitan: Ini 7 Sukan Paling Pelik di Dunia

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *