2 Cawangan Restoran Makanan Segera Ramly Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

2 Cawangan Restoran Makanan Segera Ramly Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

Posted by

Ramly, syarikat makanan segera dan sejuk beku terkemuka di Malaysia, akan menamatkan operasi dua cawangan restoran/kiosknya selepas beroperasi selama 10 tahun. Cawangan yang terlibat terletak di R&R Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan.

Artikel berkaitan: Kilang Kicap Soya Hup Teck Tamatkan Perniagaan Selepas 111 Tahun Beroperasi

Dalam kenyataan yang dikongsi oleh francais makanan segera itu di Facebook, dinyatakan bahawa tarikh tutup kedua-dua cawangan berkenaan adalah 30 November 2025.

“Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Terima kasih untuk kenangan bersama anda selama 10 tahun ini.

“Tarikh akhir kami di R&R Seremban Utara dan R&R Pagoh Selatan adalah pada 30 November 2025.

“Kalau anda jadi pelanggan terakhir kami pada hari tersebut, DM min ya untuk gambar-gambar kenangan,” tulis kenyataan itu.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih terhadap berita penutupan ini.

Ala kenapalah tutup kat rnr seremban tu, saya suka pergi makan situ bawa anak-anak, murah sedap puas hati makan, support our local, tapi kenapa tutup,buka restoran tempat lain pula ke”.

“Aduh, kalau singgah rnr Pagoh mesti singgah Ramly pekena oblong dia., rasa dah sama macam menu fast food terkenal tu tapi harga jauh lebih murah, sekarang dah tutup pula,” komen seorang lagi pelanggan”.

Ada juga yang mencadangkan agar francais tersebut menyediakan infografik lokasi cawangan yang masih beroperasi agar pelanggan setia dapat mengunjunginya.

“Senaraikan cawangan yang ada sekarang mengikut negeri dalam poster infografik. Senang kami nak sokong membeli, relaks santai lama-lama sambil minum, makan”.

2 Cawangan Restoran Makanan Segera Ramly Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *