Seramai 126,828 warga asing yang memegang Pas Penggajian Ekspatriat (EP) direkodkan berkhidmat dalam pelbagai sektor di Malaysia sehingga akhir 2025.
Data ini sebagai perincian memperlihatkan warga China menjadi kumpulan ekspatriat tertinggi di negara dengan jumlah 36,168 orang disusuli India (22,267), Filipina (9,342), Indonesia (8,752), Jepun (8,592) dan lain-lain negara seramai 41,700 individu.
Didapati sektor teknologi maklumat menjadi sektor tertinggi memiliki bakat asing dengan penyertaan 46,154 ekspatriat. Diikuti sektor perkhidmatan (19,959), pembinaan (16,687), perkilangan (13,993) dan pendidikan (6,296).
Kerajaan akan melaksanakan dasar baharu penggajian ekspatriat mulai 1 Jun ini dengan menstruktur semula kadar gaji Pas Penggajian Kategori I, II dan III agar kekal kompetitif selaras kadar tukaran asing semasa.
Langkah itu bertujuan menggalakkan syarikat menilai semula keperluan mengambil ekspatriat berbanding pekerja tempatan serta mendorong pelan penggantian kepada bakat domestik.
Artikel berkaitan: Kuala Lumpur Bandar Ke-8 Terbaik Dunia Untuk Didiami Ekspatriat
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
Sumber: TVS
