Pernahkah anda dengar tentang pekerja kolar putih dan kolar biru? Apa maksud di sebalik dua terma ini, dan bagaimana ia berkaitan dengan jenis pekerjaan seseorang? Mari kami kongsikan.
Penggunaan warna kolar untuk membezakan jenis pekerjaan bermula agak lewat, sekitar awal abad ke-20, walaupun rekaan kolar baju seperti yang dikenali sekarang sudah wujud sejak abad ke-19.
Istilah pekerja kolar putih mula diperkenalkan dalam artikel di Amerika Syarikat sekitar tahun 1911 untuk menggambarkan pekerjaan yang tidak menggunakan tenaga fizikal yang banyak, di mana pekerja dapat mengekalkan kolar pakaian mereka tetap putih. Menjelang tahun 1920-an, pekerjaan jenis ini sering dianggap sebagai kerjaya idaman golongan muda selepas tamat sekolah, kerana menawarkan gaji yang lebih tinggi serta beban kerja yang ringan.
Populariti terma ini meningkat pada tahun 1930-an selepas penulis Upton Sinclair menggunakannya dalam tulisannya. Sinclair menjelaskan terma tersebut secara lebih terperinci, terinspirasi daripada budaya pejabat di Amerika Syarikat dan Eropah, di mana pekerja pejabat sering memakai kemeja putih sebagai simbol profesionalisme.
Jenis warna kolar yang sering kita dengar
Terdapat beberapa kategori warna kolar yang sering digunakan bagi menggambarkan jenis pekerjaan seseorang.
Pekerja kolar putih
-
Individu yang bekerja dalam pejabat, suasana yang selesa
-
Individu profesional yang berpendidikan dan bekerja dengan majikan
-
Melakukan tugasan semi-profesional, kerja-kerja pengurusan, kerja jualan dan tidak melibatkan sebarang kerja berat atau fizikal
Pekerja kolar biru
-
Individu yang melakukan kerja-kerja manual atau kasar
-
Dibayar gaji mengikut jam
-
Tidak semestinya perlu berkemahiran tinggi
-
Terlibat dengan kerja-kerja rutin seperti penyelenggaraan, perlombongan, pembinaan, kerja-kerja mekanikal dan pembaikan
-
Disebut pekerja kolar biru kerana pakaian mereka biasanya berwarna biru
Pekerja kolar merah jambu
-
Individu yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan berkaitan perkhidmatan seperti pelayan, jurujual langsung, tukang gunting rambut atau pengasuh tadika
-
Warna kolar ini mula popular lewat 1970-an melalui penulis Louise Kapp Howe
-
Terma ini kini boleh digunakan untuk semua jantina
Pekerja kolar kelabu
-
Individu yang memiliki gabungan kemahiran kolar putih dan biru
-
Contohnya, jurutera yang perlu melakukan kerja pengurusan di pejabat serta mahir mengendalikan kerja teknikal atau manual
-
Contoh pekerjaan lain termasuk guru, ahli bomba, juruterbang, pegawai polis, pramugari
Pekerja kolar hijau
-
Individu yang bekerja dalam profesion melibatkan alam sekitar dan pengurusan tenaga hijau
Pekerja kolar merah
-
Pekerja kerajaan di China
-
Kakitangan sektor awam atau pekerja yang dibayar oleh kerajaan (di China)
Pekerja kolar oren
-
Pekerja penjara/banduan yang bekerja
-
Atau kadang-kadang pekerja keselamatan/pembinaan berisiko tinggi
Pekerja kolar hitam
-
Pekerja dalam industri minyak/perlombongan/industri berat
-
Atau dalam konteks moden kadang-kadang merujuk pekerja dalam industri gelap/jenayah siber
Pekerja kolar emas
-
Pekerja berkemahiran tinggi dan pakar dalam bidang tertentu
-
Biasanya melibatkan profesional seperti pakar IT, saintis, jurutera kanan, pakar data atau pakar kewangan
Pekerja kolar ungu
-
Pekerja yang mempunyai gabungan kemahiran teknikal dan kemahiran perkhidmatan pelanggan
-
Contohnya pekerja dalam bidang teknologi yang juga perlu berinteraksi dengan pelanggan
Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.
Artikel berkaitan: Laporan Dedah, AI Bakal Gantikan Manusia untuk Kerja Kolar Putih
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.
