Datuk Karam Singh Walia, Wartawan Alam Sekitar Terkenal Meninggal Dunia

Datuk Karam Singh Walia, Wartawan Alam Sekitar Terkenal Meninggal Dunia

Posted by

Bekas wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia, telah meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh adik mendiang yang juga merupakan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh.

Karam Singh Walia telah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di TV3 sejak tahun 1990-an sehingga bersara pada tahun 2014.

Beliau sebelum ini sangat dikenali dengan gaya penyampaian yang lantang, termasuk penggunaan peribahasa unik dan mencuit hati ketika mendedahkan isu pencemaran dan salah urus alam sekitar dalam laporan beritanya.

Beliau juga pernah meraih pelbagai anugerah kewartawanan hasil laporan eksklusif yang menyentuh isu-isu alam sekitar dan kemasyarakatan. Antaranya, beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Malaysia Press Institute ‘Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik’ sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007, selain turut memenangi ‘Anugerah Seri Angkasa’ sebanyak dua kali.

Selain itu, Karam Singh turut dikurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang pada 2011.

Artikel berkaitan: Wally Amos, Pencipta Biskut Famous Amos, Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *