Berapa Gaji Perlu Ada untuk Jadi T20? Ini Senarai Mengikut Negeri

Berapa Jumlah Gaji Perlu Ada untuk Jadi T20? Ini Senarai Mengikut Negeri

Posted by

Pendapatan isi rumah sekitar RM7,000 sebulan kini sudah memadai untuk meletakkan sesebuah keluarga dalam kelompok 20 peratus teratas (T20) di negeri seperti Kelantan dan Kedah, berbeza dengan situasi di kawasan bandar utama seperti Lembah Klang yang memerlukan pendapatan jauh lebih tinggi.

Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan jurang ketara dari segi ekonomi serta kos sara hidup antara negeri-negeri di Malaysia, sekali gus menunjukkan bahawa definisi “kaya” atau T20 berbeza mengikut lokasi dan tahap pembangunan sesebuah negeri.

Malah, isi rumah yang memperoleh pendapatan kasar bermula RM7,000 sebulan sudah melepasi kategori M40 dan layak diklasifikasikan sebagai golongan T20 di negeri-negeri tersebut.

Secara terperinci, isi rumah dalam kategori B40 di Kelantan merekodkan pendapatan kurang daripada RM3,520 sebulan, manakala golongan M40 pula memperoleh pendapatan antara RM3,520 hingga RM6,999.

Trend yang sama turut dapat dilihat di Kedah apabila kelompok T20 bermula pada pendapatan RM7,820 sebulan. Di negeri jelapang padi itu, isi rumah dalam kategori B40 mencatatkan pendapatan di bawah RM3,940, manakala kumpulan M40 pula berada dalam lingkungan RM3,940 hingga RM7,819.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia itu turut menggambarkan jurang kos sara hidup yang ketara antara negeri, khususnya apabila membandingkan negeri-negeri di Pantai Timur dan utaraw Semenanjung dengan kawasan metropolitan utama negara.

Sebagai contoh, di luar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang terus mencatatkan antara jumlah pendapatan T20 tertinggi, dengan kelayakan masing-masing bermula pada RM13,560 dan RM12,680 sebulan.

Paras pendapatan itu jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri berpendapatan sederhana seperti Perlis, Perak dan Pahang, yang menetapkan ambang kelayakan T20 sekitar RM8,000 sebulan.

Sebagai rujukan nasional, Jabatan Perangkaan Malaysia turut menggariskan penanda aras purata pendapatan isi rumah bagi keseluruhan negara.

Gaji T20 di Malaysia Mengikut Negeri

  1. Kelantan (RM7,000 ke atas)
  2. Kedah (RM7,820 ke atas)
  3. Perlis (RM8,010 ke atas)
  4. Pahang (RM8,090 ke atas)
  5. Perak (RM8,220 ke atas)
  6. Sabah (RM9,160 ke atas)
  7. Sarawak (RM9,710 ke atas)
  8. Terengganu (RM9,790 ke atas)
  9. Negeri Sembilan (RM9,980 ke atas)
  10. Melaka (RM11,560 ke atas)
  11. Wilayah Persekutuan Labuan (RM11,630 ke atas)
  12. Pulau Pinang (RM12,680 ke atas)
  13. Johor (RM13,560 ke atas)
  14. Selangor (RM16,040 ke atas)
  15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17,030 ke atas)
  16. Wilayah Persekutuan Putrajaya (RM19,030 ke atas)

Secara keseluruhan, Jabatan Perangkaan Malaysia menetapkan kategori B40 sebagai isi rumah berpendapatan bawah RM5,860 sebulan, manakala M40 berada dalam julat RM5,860 hingga RM12,679. Pendapatan RM12,680 ke atas pula diklasifikasikan sebagai T20 di peringkat nasional.

Namun, data ini jelas menunjukkan bahawa klasifikasi B40, M40 dan T20 tidak boleh disamaratakan di seluruh negara kerana kos sara hidup serta kuasa beli berbeza mengikut lokasi. Sebagai contoh, pendapatan RM7,000 mungkin hanya dianggap pertengahan secara nasional, tetapi sudah memadai untuk meletakkan sesebuah isi rumah dalam kelompok T20 di negeri seperti Kelantan dan Kedah.

Artikel berkaitan: Isu Gaji atau Pembuangan Kerja? Kenali Fungsi JTK dan JPP

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *