Aktiviti-Aktiviti “Best” Sepanjang Bulan Kemerdekaan!

Posted by
 
Hari Kemerdekaan yang ke-62 akan tiba tidak lama lagi! Jika anda mengimbau kenangan sambutan Hari Kemerdekaan semasa zaman bangku sekolah seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, menceriakan kelas mengikut tema Hari Kebangsaan dan lain-lain, sudah tentu aktiviti-aktiviti ini membangkitkan semangat patriotsme anda. Sementara anda sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dihantar dan merancang apa yang anda lakukan bersama keluarga tersayang semasa cuti Hari Kemerdekaan, kami telah senaraikan aktiviti-aktiviti best untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme anda sepanjang bulan ini!
 
 
 
 
Kibarkan Jalur Gemilang!
 
Aktiviti ini sememangnya sinonim dengan menyemai semangat patriotisme tanpa mengira bangsa, agama dan umur. Jadi, tunjukkanlah semangat anda sebagai anak Malaysia sejati dengan kibarkan bendera kebanggaan kita di rumah, kereta dan pejabat!
 
 
 
 
 
Menghadirkan ke acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan!
 
Salah satu aktiviti paling best pada Bulan Kemerdekaan ialah acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan! Selain membangkitkan rasa cinta pada negara dan membuahkan semangat perpaduan bersama rakan-rakan berlainan bangsa, anda juga boleh menyaksikan acara yang penuh berwarna-warni dengan persembahan khas dari kumpulan-kumpulan kesenian, perarakan masuk kontinjen-kontinjen dan pertunjukan terbang lintas pesawat udara.
 
 
 
 
Lawati Tugu Negara
 
Selepas menghadiri acara perarakan dan perbarisan, anda juga boleh melawati Tugu Negara untuk memperingati lebih 11 ribu perajurit gugur dalam menjaga keamanan negara. Terletak di Jalan Tugu berhampiran dengan Jalan Parlimen, Tugu Negara dibina pada tahun 1966 dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon. Setiap patung gangsa pada tugu tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

 

 

Jalan-jalan Bandar Kuala Lumpur!


Jika anda masih tidak mempunyai perancangan pada bulan kemerdekaan ini, anda juga boleh meneroka bandar Kuala Lumpur bagaikan pelancong dengan melawati tempat-tempat sejarah seperti Masjid Jamek, Pasar Seni dan Stadium Merdeka! Sambil-sambil menghayati sejarah ibu kota Malaysia, anda juga boleh mengambil gambar yang cantik dengan kamera DSLR anda ataupun selfie di tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dikongsikan ke laman media sosial.

 

Berkelah bersama rakan-rakan berlainan bangsa!

Ingin berehat dari dunia media sosial dan menikmati suasana yang best bersama rakan-rakan berlainan bangsa? Anda boleh mengajak mereka pergi berkelah di tempat-tempat rekreasi. Taman Rimba Kiara, Taman Botani Perdana dan Taman Tasik Titiwangsa adalah antara tempat-tempat rekreasi terbaik untuk anda meluangkan masa bersama rakan-rakan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, tetapi ia boleh membangkitkan semangat keharmonian, serta menjalin hubungan silaturrahim sesama sendiri!

 

Apakah perancangan anda untuk menyambut bulan Kemerdekaan ke-62? Adakah aktiviti-aktiviti lain yang kami tidak disenaraikan? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Jangan lupa melayari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *