Tips Membeli Rumah Pertama Untuk Golongan Berkerjaya

Posted by
 

Anda telah bekerja keras selama beberapa tahun dalam mencapai objektif dan sasaran kerjaya anda, namun anda masih mencari rumah pertama anda walaupun mempunyai pendapatan yang tetap serta pasaran hartanah di Malaysia kian meningkat. Kami faham dilema anda dalam kepentingan membelinya dalam meniti arus kemodenan ini.

 

“Susahnya nak beli rumah pertama saya pada zaman sekarang.” 😭

Di samping itu, rumah diklasifikasikan sebagai liabiliti kerana ia tidak memberi sebarang pendapatan, melainkan anda ada beberapa buah rumah lain yang disewakan. Ingin tahu bagaimana anda beli rumah dengan cara yang betul? Kami akan kongsikan tips supaya anda faham.

 

 
1. Pastikan anda ada pendapatan yang tetap
 
Jika anda bekerja di syarikat swasta atau sektor kerajaan, anda akan layak memohon pakej pinjaman yang disediakan oleh syarikat atau kerjasama dengan bank tertentu. Selain itu, anda akan mempunyai modal tambahan yang sedikit dari KWSP (EPF) dalam akaun 2 hasil caruman bulanan yang dibuat secara automatik sepanjang 3 tahun lepas. Ini memudahkan urusan pembelian rumah pertama mampu milik dan sesuai dengan kelayakan gaji dan pakej pinjaman anda.
 
 
2. Status perkahwinan
 
Bagi pekerja yang telah berkahwin, anda boleh gabungkan kelayakan gaji, simpanan KWSP, simpanan peribadi dan tabungan-tabungan lain. Manakala bagi pekerja yang bujang pula, anda haruslah memiliki wang simpanan atau modal tambahan untuk menambah nilai beza yang diperlukan untuk mencukupkan jumlah bayaran harga rumah yang dibeli nanti.
 
 
3. Kenal pasti tujuan beli rumah
 
Menurut pakar hartanah Tuan Harith Faisal dalam perkongsiannya di Facebook, keadaan menjadi susah semasa melakukan pembelian rumah lain jika ia bertujuan untuk mendiami. Tambahan pula, ia lebih sukar jika sebahagian besar dari pendapatan bulan dipotong setelah membelinya.
 
 
4. Semak skor kredit
 
Kebanyakan golongan pekerja tidak mengambil berat tentang kepentingan ini dalam pembelian kediaman. Tujuan anda untuk menyemak skor kredit ialah menentukan kesihatan kewangan anda, manakala laporan kredit akan dijana oleh agensi kredit diiktiraf untuk merekodkan pembayaran bagi pinjaman sedia ada. Anda perlu menyemak skor kredit terlebih dahulu sekiranya anda membuat sebarang pinjaman dengan bank dan bayar hutang mengikut masa yang ditetapkan. Semakan rekod CCRIS boleh dilakukan menerusi AKPK atau cawangan Bank Negara Malaysia. Sekiranya tidak berjaya, anda perlu semak semula profil kewangan anda dengan menambah pendapatan dan mengurangkan komitmen yang ada.
 
 
5. Mengkaji persekitaran
 
Aspek keselamatan dan kejiranan merupakan salah satu perkara yang wajib anda perlu ambil berat dalam urusan pembelian rumah. Jika kita tidak mengambil berat tentang aspek itu, sudah tentu keselamatan persekitaran di kawasan perumahan akan terancam yang menyebabkan kes-kes jenayah dan pecah rumah pada masa akan datang. Selain itu, lokasi dan kemudahan turut mempengaruhi anda dalam membuat pilihan yang tepat. Misalnya, semakin ramai orang menginap di tempat yang mempunyai fasiliti dan kemudahan terbaik, maka kegiatan ekonomi akan bertambah rancak. Begitu juga dengan lokasi yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti MRT untuk memudahkan pergerakan anda ke pejabat tanpa menghadap kesesakan lalu lintas. Bagi golongan pekerja yang mempunyai pengangkutan sendiri seperti kereta dan motorsikal, hal ini tidak menjadi masalah untuk membeli rumah pertama bergantung pada jarak jauh tempat kerja.
 
 
 
Kemudahan pengangkutan awam seperti MRT boleh dinikmati bersama jika membeli rumah di kawasan berhampiran stesen MRT.
 
 
6. Merancang jangka masa mendiami di satu tempat, atau berpindah
 
Faktor ini juga akan mempengaruhi lokasi dan jenis kediaman yang anda beli sekiranya anda mungkin berpindah tempat kerja, faktor persekitaran di kawasan perumahan atau kekurangan fasiliti. Carilah rumah yang praktikal dan sesuai mengikut kelayakan gaji anda jika anda menetap untuk satu tempoh sahaja. Hal ini memudahkan pembeli atau penyewa lain untuk membeli atau menyewa rumah tersebut jika anda ingin berpindah. Manakala bagi yang bercadang untuk tinggal untuk jangka masa yang panjang, anda perlu mengambil perhatian pada aspek keselamatan, persekitaran, fasiliti, jenis kediaman dan kejiranan untuk dinilai.
 
 
7. Bincang dengan ejen hartanah yang berdaftar
 
Anda perlu tanya ejen hartanah tentang pilihan kediaman yang anda inginkan sebelum membuat keputusan. Selain dari memberi pandangan berdasarkan pengalaman, ejen hartanah akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat lengkap dari tuan rumah dan menghantar permohonan pinjaman perumahan bagi memudahkan urusan pembelian.
 
 
8. Mengambil tahu tentang kos yang mengiringi pembelian
 
Sebelum anda membeli kediaman pertama anda, anda pastikan mendapat penerangan yang penuh dari penjual. Kos-kos seperti penyelengaraan kemudahan, insurans, pemasangan elektrik, air dan cukai tertunggak perlu anda tanggung sendiri. Oleh itu, anda haruslah berhubung dengan peguam, pegawai bank atau ejen-ejen hartanah untuk mendapatkan maklumat tentang kos-kos iringan dalam memudahkan proses pembelian rumah.
 
 
9. Membaca surat tawaran dan dokumen perjanjian
 
Anda perlu meneliti terma-terma dalam surat tawaran setelah memilih hartanah untuk dibeli supaya tiada masalah timbul atau salah faham antara anda sebagai pembeli rumah dan ejen hartanah. Ejen hartanah akan bertindak sebagai pemegang hartanah untuk memastikan wang dirurus dengan selamat dan adil. Anda juga boleh melantik peguam untuk menguruskan segala urusan pembelian hartanah bagi pihak anda. Tambahan pula, anda akan membayar sebanyak 3% sebagai booking fee kepada ejen hartantah setelah menandatangani surat tawaran.
 
 
10. Check kerosakan sebelum membayar kos pengubahsuaian
 
Setelah rumah anda siap dibina, pastikan tiada kecacatan dan kerosakan pada rumah anda. Mengikut Akta Pembangunan Perumahan atau Housing Development Act (HDA) tahun 1996, tempoh liabiliti kecacatan ialah 24 bulan sebelum menerima kediaman sepenuhnya. Sekiranya rumah anda mempunyai sebarang kecacatan dan kerosakan, anda perlu bersedia secukupnya untuk menanggung kos pengubahsuaian setelah tamat tempoh liabiliti tersebut. 

Sumber: https://pakdi.net/15-tips-membeli-rumah-pertama-anda/
https://gilahartanah.com/8-tip-beli-rumah-pertama/

 

Adakah anda mempunyai persediaan kewangan membeli rumah pertama anda? Jangan lupa untuk ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Sarah Sahadin or known as Sarah S., is a Digital Marketer-cum-Junior Graphic Designer and Malay-language content writer who writes career, lifestyle and current trending contents to engage Malay readers, informing about the latest trends happening around. Sarah also has a passion for motorsport (can be spotted at Sepang Circuit on some certain weekends) and enjoys manga illustration during her free time.

Reach me at sarah@jobstore.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *