Majikan diingatkan agar tidak menjadikan kadar RM1,700 sebulan yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum (PGM) sebagai rujukan untuk menawarkan gaji permulaan. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, menegaskan bahawa jumlah RM1,700 itu hanyalah kadar minimum bagi pekerjaan paling asas dan berkemahiran rendah. Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan panduan gaji
