Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s di cawangan pusat membeli belah Mid Valley dipecat selepas tular video dan fotonya membuat aksi bermain dan mencium tepung uli (doh untuk dijadikan pretzel). Menurut francais berkenaan, pekerja tersebut diberhentikan serta-merta susulan insiden berkenaan yang telah mendapat perhatian dan mencetuskan kebimbangan warganet.