Pakar Keselamatan Siber atau Cyber Security Speacialist adalah individu yang pakar dalam bidang keselamatan teknologi maklumat. Tugas seorang Pakar Keselamatan Siber adalah untuk menyediakan perlindungan semasa pembangunan perisian (software development). Pakar Keselamatan Siber juga berusaha untuk memastikan rangkaian (network) selamat daripada ancaman luar seperti penggodam yang inginkan akses untuk tujuan jahat.